Sunday, March 7, 2010

Apa Ada Di Sebalik 2020

Posted on Saturday, March 06 @ 15:02:44 PST
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Artikel Oleh: MERONG

"Bersandarkan kepada hadis Rasullulah s.a.w berkenaan bagaimana keluarnya Dajjal. Rasullulah s.a.w bersabda sesungguhnya Hari pertama keluarnya Dajjal adalah seperti setahun, di hari keduanya adalah seperti sebulan, di hari ketiganya adalah seperti seminggu dan di hari keempat keluarnya adalah seperti hari hari yang kamu lalui.

Rasullulah s.a.w menyambung lagi sesudah ditanya sahabat, sesungguhnya dihari keempat itu adalah seperti hari hari yang kamu lalui yakni dari segi ukuran jarak masa adalah seperti jarak waktu bersolat sekarang.


Terdapat 2 pendapat disini…pendapat pertama menyatakan Dajjal akan menzahirkan dirinya kepada manusia di seluruh dunia untuk tempoh selama 1.1 tahun dan akan menziarahi setiap pelusuk dunia didalam masa 40 hari kecuali Mekah dan Madinah kerana disetiap pintunya dikawal para malaikat sebelum beliau dibunuh di pintu Al Quds ditangan Nabi Isa a.s. Didalam tempoh 40hari itulah Dajjal mempamirkan kesaktiannya didalam meyakini manusia seluruh dunia bahawa beliaulah Tuhan sekelian alam. Diantara contoh kesaktiannya adalah menurunkan hujan, menghidupkan org yang telah mati, menumbuhkan tanaman dll.


Pendapat kedua menyatakan setahun yang pertama itu perlu diunjurkan kepada tempoh masa 1000tahun di bumi yaitu bersamaan dengan 1tahun masa di langit. Dengan itu hari kedua yakni sebulan dapatlah dikira sebagai 83.3tahun dan hari yang ketiga sebagai 20.8tahun. Ini berdasarkan pertanyaan sahabat kepada Rasullulah tentang tempoh masa di hari yang ke empat sahaja yang bersamaan dengan hari-hari yang kamu lalui. Mengikut pendapat kedua perlu ada takrifan Dajjal yang lebih luas yakni zahir dirinya Dajjal, Pengikut Dajjal, Tentera Dajjal, Fahaman Dajjal, Ilmu Dajjal dan Peralatan Dajjal.


Tentera Dajjal diatas suruhan merupakan dari golongan yang hidup dan matinya sentiasa beriltizam menghapuskan Pemerintahan Islam di muka bumi ini diatas dasar penjajahan dan ekonomi sejak kemangkatan Rasullulah s.a.w hingga ke akhir zaman. Umat Islam perlu dikucar kacirkan. Mereka ini jika difahami terdiri daripada golongan Eropah terutamanya British/France/Portugis/Belanda/Germany dll yang meruntuhkan Khalifah Islam Muaawiyah/Abbassiah/Othmaniah/Nusantara/Mongol/Ayuthia/China. Tentera Dajjal yang muncul secara zahir di hari keempat adalah dari golongan bangsanya sendiri yakni Yahudi seramai 70000 tentera Dajjal yang muncul dari Khurasan iaitu sebuah nama tempat di Iran.


Pengikut Dajjal terbahagi kepada dua yakni secara secara terangan dan secara tersembunyi. Yang tersembunyi adalah sesiapa sahaja bahkan umat Islam sekalipun yang langsung tidak memahami pengertian Aqidah kepada Allah s.w.t. Mereka mengikut ajaran Dajjal secara tidak sedar atau mengikut kefahaman mereka sahaja dan bukannya mengikut jemaah Islam. Pengikut Dajjal secara terang adalah mereka yang sentiasa beriltizam dan merancang ribuan tahun untuk menghapuskan aqidah Islam diseluruh dunia secara kasar mahu pun halus melalui pertubuhan-pertubuhan rahsia yang kini dikenali Illluminati/Freemason.. Terkadang diantara mereka tidak sedar yang mereka telah dipergunakan oleh fahaman Dajjal. Umat Islam didalam konteks ini adalah golongan yang digelar Al-Sufyani. Mereka menciptakan kepelbagaian untuk kefahaman Ilmu Islam sehinggakan pada akhirnya Umat Islam hanya tinggal pada nama iaitu Umat Islam yang tiada Iman walau sebesar zarah sekalipun. Inilah Umat Islam yang sudah terperangkap dengan fitnah Dajjal. Nauzubillah.


Fahaman atau Ilmu Dajjal adalah ajaran secara langsung atau tersirat dengan tujuan untuk menipiskan keimanan seseorang terhadap kehidupan beragama. Seluruh agama terutamanya Islam sudah berjaya diterapkan ‘walaupun sedikit’ kefahaman Dajjal yakni hidup yang bersandarkan kepada logik dan teknologi sepenuhnya tanpa meletakkan Allah s.w.t penyebab segala sesuatu. Kejayaan ini pada hasilnya akan menipiskan iman seseorang secara berdikit-dikit.


Peralatan Dajjal membawa maksud Dajjal yang mempergunakan segala kekuatan ilmunya didalam sains dan teknologi dan juga melalui agen agen didalam pertubuhan rahsianya untuk menciptakan segala peralatan untuk ‘kegunaan manusia’ sebagai alasan tetapi sebenarnya diatas tujuan untuk menyesatkan minda manusia melalui pelbagai program fahamn Dajjal. Umpamanya Television, ia akan bermunafaat sekiranya kita bijak menggunakannya, tetapi akan membawa mudarat sekiranya kita terlalu bergantung kepadanya. Begitulah juga kepada ciptaan-ciptaan yang lain.


Kembali ke pendapat yang kedua perihal tahun-tahun kedatangan Dajjal dapatlah diringkas sebegini :


Hari pertama seperti setahun bersamaan dengan tempoh 1000tahun (900masehi-1900masehi) perancangan Eropah untuk menghapuskan sistem pemerintahan khalifah di seluruh muka bumi.


Hari kedua setelah terhapusnya sistem pemerintahan khalifah di muka bumi, kemuncaknya apabila British berjaya menawan Palestine secara “pemerintahan” pada tahun 1917. Bermula dari tarikh tersebut untuk selama 83 tahun (1917-2000) USA telah menggantikan Eropah dan mereka memerintah dan memperkenalkan dunia dengan sistem kehidupan yang baru iaitu Kapitalis. 83 tahun diperlukan USA untuk menerapkan fahaman/sistem kehidupan yang baru keseluruh dunia tanpa menggangu manusia untuk beribadat mengikut amalan agama masing-masing. Tanpa disedari sistem tersebut walaupun tidak mengganggu ‘ibadat’ tetapi berjaya mengikis iman manusia yang beragama.


Hari yang ketiga adalah tempoh waktu selama 20-21tahun (2000-2020) untuk Dajjal memperkenalkan pertubuhan rahsia beliau yang terlibat didalam semua peperangan dunia tanpa berselindung lagi. Tanpa disedari sejak tahun 2000 lah masyarakat baru mengenali dan memahami pertubuhan yang dinamakan Freemason melalui sumber utamanya yakni internet. Sedangkan internet sebenarnya adalah teknologi yang telah digunakan Pentagon sejak 1950an lagi.


Hari yang keempat adalah jatuh pada 2020 untuk mereka MENZAHIRKAN DAJJAL pemimpin mereka kepada manusia setelah segala persediaan telah dilakukan selama ribuan tahun. Dan Dajjal akan mengembara diseluruh dunia selama 40hari sepantas angin tanpa terkecuali satu kawasan pun mengembangkan sihirnya sebelum terbunuh di pintu Al Quds. Bagi orang yang beriman, 40hari tersebut amat menyiksakan kerana ia merupakan neraka Dajjal. Tetapi ia menjadi syurga Dajjal kepada yang tidak beriman.


Bagaimanapun itu perancangan Dajjal dan pengikutnya tetapi perancangan Allah s.w.t adalah dengan menzahirkan Khalifah Islam Muhammad bin Abdullah yang juga waris keturunan Rasullulah s.a.w dan wajahnya adalah mirip Rasullulah s.a.w dan tinggal dibumi sebelah timur. TujuanNya adalah untuk mengagalkan segala perancangan Dajjal.


Masalah utama Dajjal didalam mengagalkan perancangan Allah s.w.t ialah beliau sendiri tidak pernah melihat wajah Rasululluh s.a.w kerana beliau terikat disebuah pulau sewaktu hayat Rasullulah s.a.w. Jika beliau bertanyakan Iblis sekutunya yang pernah bertemu Rasullulah s.a.w, Allah s.w.t telah mentakdirkan Iblis tidak ada kemampuan untuk menyerupai Rasullulah s.a.w. Maka Dajjal hanya sekadar mampu melakukan pengimejan kepada seluruh wajah manusia didunia untuk mencari Khalifah Allah yang dijanjikan itu berdasarkan wajah keturunan Rasullullah s.a.w yang terdekat seperti Hasan dan Husin yang mungkin pernah dilihatnya. Dajjal dan pengikutnya juga mengkaji keseluruhan hadis-hadis Rasullulah s.a.w perihal kedatangan Khalifah Islam tersebut. Dajjal terus mencari melalui peperangan sembrono bersama agennya Eropah dengan menghapuskan hampir keseluruhan Bani Hashim disetiap negara jajahan takluknya dan itulah tujuan sebenar Eropah menjatuhkan Kerajaan Khalifah Islam iaitu untuk menghapuskan waris nabi. Dan kini USA menyambung tugas tersebut dengan menggunakan pelbagai alasan untuk menakluk Iraq yang juga negara sebelahan Timur. Bagaimanapun USA semakin menyedari Khalifah Islam tersebut bukan berada di Iraq dan mereka telah menarik tentera mereka. Kini ramai tentera mereka berada di Afghanistan yang juga bumi disebelah jajahan timur. Watak Tentera Mujahidin melengkapi keseluruhan hadis-hadis Rasullulah perihal peperangan akhir zaman dan tenteranya adalah tentera yang tidak pernah dikalahkan sejak zaman USSR dan kini USA yang gah dengan teknologinya.


Dajjal juga menggunakan kaedah teknologi bergambar untuk mencari wajah Khalifah Islam tersebut yang seiras wajah Rasullulah s.a.w di seluruh dunia. Pelbagai laman web dilancarkan diatas ‘slogan friendship’ dan yang terkini FaceBook menjadi kegilaan manusia sejagat. Di Malaysia gagal diperingkat awal pelancarannya tetapi dengan tajuk Facebook 1 Malaysia pelancaran tersebut telah berjaya.Dengan teknologi terkini didalam pemetaan dan pengimejan, Dajjal yakin dapat menemukan khalifah tersebut. Dibumi sebelah timur mana beliau berada ? wallahualam. Itu rahsia Allah s.w.t.


Sebagai ringkasan saya melihat pendapat kedua lebih komprehensif dari segi sejarah dunia, tujuan penjajahan, keadaan dunia masakini dan pelbagai motto yang dilancarkan. Hampir kesemua kerajaan yang berada didunia kini bersekongkol dengan matlamat USA secara langsung atau tidak langsung. Mereka diikat dengan ekonomi , kemakmuran dan dimomokkan dengan keamanan bahkan sehingga Gurun Padang Pasir di Dubai pun mampu menghijau dan ditumbuhi bangunan pencakar langit. Sungguh benar Rasullulah s.a.w…..Dajjal itu membawa segunung roti yang bermaksud kemakmuran dan keamanan tetapi itu adalah neraka Allah s.w.t kerana untuk mendapatkan kemakmuran tersebut mereka perlu bersekongkol dengan Dajjal.



Wallahualam

No comments: