Wednesday, October 21, 2009

Untuk Muhasabah diri

Sesungguhnya anak adam dijanjikan kematian padanya

Manusia takkan diuji dengan ujian yang diluar kemampuannya.

Setiap penyakit ada penawarnya & setiap masalah ada penyelesaianya. Insya Allah...


HAKIKAT PENYAKIT RIAK...


Firman Allah dalam s ura h al-Ma’un a yat 4-6 yang bermaksud:

"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."



Pengertian riak

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan a mal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.


Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1. Riak dari segi badan

Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga mal am untuk beribadat.


2. Riak pada pakaian

Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu mal ah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.


3. Riak dengan perkataan

Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata-kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.


4. Riak pada a mal an

Orang sebegini adalah sering menzahirkan khu syuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berja lan menundukkan kepala dan k ura ng berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian a mal annya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berja lan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.


5. Riak dengan ramainya murid dan pengikut

Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.



Peringkat Riak


1. Riak Akbar

Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.


2. Riak Asghar

Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan a mal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.


3. Riak Jali (yang terang)

Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan a mal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan a mal .


4. Riak Khafi (yang tersembunyi)

Riak ini pula tersembunyi di dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.



Punca Riak

Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah;


1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.

Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.


2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.

Ketakutan ini boleh membawa kepada penampi lan yang k ura ng jujur dan suka berp ura -p ura .


3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.

Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.



Bagaimana mengelakkan sifat riak?

Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit.


Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;

1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.



2. Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.



3. Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala a mal an yang dilakukan akibat riak.



4. Me nana mkan di dalam diri bahawa melakukan sesuatu perkara kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu patut dijauhkan.



5. Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.



6. Ikhlaskan diri dalam setiap a mal an yang dilakukan. Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak.



Adaka lan ya terdapat juga orang yang melakukan a mal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas a mal annya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnyaperasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila a mal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.



Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk bera mal dan meningkatkan ibadat. Tetapi,jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap a mal an maka a mal an yang dilakukan adalah sia-sia belaka

Hanya kerana sebiji Kurma

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat
ziarah ke mesjidil Aqsa.

Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari
pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat
sebutir kurma tergeletak didekat timbangan.
Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim
memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan
kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.
Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada
sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.
Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya.


"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara
yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"

kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan
yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab
malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama
4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin
amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT
gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui
pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual
kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang
tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya
membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.

kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan
pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada
siapa saya meminta penghalalan ?".
Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak
muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku

makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi
entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.

Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka
mempunyai hak waris sama dengan saya."
"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka
satu persatu."
Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui.
Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.
Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka
yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah
kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar
lagi bercakap cakap.
"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara
makan sebutir kurma milik orang lain."
"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah
mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.
Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran
sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain.

Sekarang ia sudah bebas."

"Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi
forward-lah e-mail ini.
Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh
kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila
ragu-ragu... "

Pada hadits yang lain beliau bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).

Fahami 8 hak pengguna

PENGGUNA perlu lebih peka pada persekitaran agar tidak hanya menurut arus kemahuan peniaga dan hanya menjadi penjana keuntungan kepada mereka. Pengguna mempunyai hak dan sebagai pengguna kita perlu mengetahui dan mengenal pasti hak kita.

Empat hak asasi pengguna diisytiharkan pada 1962 iaitu hak mendapat keselamatan, hak mendapat maklumat, hak membuat pilihan dan hak menyuarakan pendapat.

International Organization of Consumer Union (IOCU) menggariskan empat lagi hak pengguna iaitu hak mendapatkan keperluan asas, hak mendapat ganti rugi, hak mendapat pendidikan berguna dan hak mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.

Lapan hak pengguna ini penting dikenal pasti supaya ia membantu kita memperjuangkan hak kita sebagai pengguna. Peranan pengguna amat penting bagi memastikan peniaga tidak memperlecehkan pengguna disebabkan sikap ambil mudah pengguna dalam memastikan hak mereka terpelihara.





Hak untuk mendapatkan keperluan asas ditakrifkan untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang perlu bagi kehidupan iaitu makanan mencukupi, pakaian, tempat tinggal, kesihatan pendidikan dan sanitasi.

Isu makanan sering menjadi perbincangan utama apabila membincangkan isu kepenggunaan. Ini kerana makanan adalah keperluan harian asasi manusia. Tanpa disedari oleh pengguna banyak faktor yang perlu diberi perhatian berhubung isu pemakanan.

Ini termasuklah dari segi kualiti dan aspek kebersihan yang menjadi fokus utama kita kali ini. Kebanjiran gerai, kedai makan dan restoran menjadi pilihan pengguna untuk menjamu selera setiap hari. Malah, ada di kalangan kita begitu cekap dan arif dalam mencari tempat makan yang menarik. Sebut saja apa hidangan yang teringin untuk dinikmati mula terbayang destinasi pilihan.

Tetapi berapa ramai di kalangan pengguna yang begitu peka berhubung kualiti makanan dan aspek kebersihan. Mengenai status halalnya? Isu halal akan dikupas oleh saya di dalam penulisan akan datang. Isu kualiti makanan dan kebersihan perlu diberi perhatian oleh pengguna kerana ramai masih gagal mengetahui dan mempergunakan hak mereka sekiranya membeli makanan yang telah rosak dan dicemari.

Ada aduan diterima daripada orang ramai yang pernah terminum teh tarik di dalam gelas yang dicemari tahi lipas, telur lalat di ayam goreng, mi goreng basi dan pelbagai peristiwa yang akan membuatkan kita loya mendengarnya. Insiden ini mungkin akan atau pernah berlaku kepada anda.

Pengguna yang mengalaminya akan marah dan kesal dengan kejadian berkenaan dan akhirnya akur apabila peniaga meminta maaf dan dikecualikan daripada membayar harga makanan terbabit.

Orang ramai sebenarnya mempunyai saluran untuk membuat pengaduan dan mempertahankan hak mereka sebagai pengguna agar peniaga yang mengambil mudah faktor kebersihan dan mutu makanan ini diberi pengajaran.

Terdapat peruntukan undang–undang dan saluran aduan yang boleh digunakan oleh pengguna apabila berhadapan dengan situasi seperti ini. Seandainya ia berlaku pada anda apa yang perlu dilakukan?

Dalam menghadapi situasi ini pengguna yang diberi makanan yang telah dicemari perlu mendapatkan sebanyak mungkin bukti bagi mengemukakan aduan. Sampel makanan yang dicemari adalah bukti paling kukuh. Jika menghadapi kesukaran pengguna boleh merakamkan gambar terbabit.

Resit atau bukti pembelian juga sekiranya ada boleh dikemukakan. Pengguna juga harus mengenal pasti nama premis terbabit dan alamat lengkap bagi mempermudahkan tindakan susulan terhadap pengaduan.

Anda boleh membuat pengaduan di mana–mana PBT (pihak berkuasa tempatan) di kawasan anda. Caranya amat mudah sama ada melalui telefon, surat, e-aduan atau datang terus ke Jabatan Kesihatan PBT berkaitan. Sebagai contoh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan kemudahan aduan melalui e-aduan di dalam laman web rasmi DBKL.

Setiap aduan melalui e-aduan kemudian akan dibahagikan mengikut zon pentadbiran DBKL.

Bagi kes makanan kotor dan dicemari bahagian sanitasi premis di bawah Jabatan Kesihatan DBKL akan memainkan peranan. Pengguna harus menggunakan saluran aduan seperti ini kerana setiap PBT mempunyai sistem aduan bagi menangani kes–kes premis yang didapati kotor dan menjual makanan tercemar.

Terdapat Undang–Undang Kecil Pengendali Makanan, Akta Undang–Undang Kecil Establishment Makanan yang boleh mengenakan tindakan terhadap mereka.

Peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 juga boleh diguna pakai khususnya oleh Kementerian Kesihatan. Pengguna disaran melaporkan terus kes–kes berkaitan makanan tercemar, kotor, rosak, tamat tarikh luput kepada mana–mana pejabat kesihatan daerah terdekat.

Aduan akan disiasat di bawah Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan. Pejabat Kesihatan Daerah terdekat mempunyai Inspektor Kesihatan yang boleh memberikan penerangan sekiranya anda ingin mendapatkan maklum balas. Malah produk makanan dari pasar raya yang rosak seperti produk dicemari serta berulat juga boleh diadukan di sini.

Peniaga beragama Islam khususnya dinasihatkan berniagalah secara jujur kerana perniagaan adalah satu perkara yang mulia. Malah, ada hadis yang meriwayatkan peniaga yang berniaga secara jujur dan amanah akan dihimpunkan bersama para syuhada dan siddiqin di akhirat nanti. Begitu besar ganjaran Allah SWT bagi mereka yang memahaminya.

Pengguna pula digesa menggunakan platform aduan seperti ini sepenuhnya bagi memperjuangkan hak mereka. Pengguna hanya perlu pandai menggunakannya demi kepentingan masyarakat pengguna. Sekiranya kita mengambil mudah semua perkara dalam kehidupan maka kitalah yang akan mendapat kerugian. Kepekaan mengenai tanggungjawab dan hak kita sebagai pengguna akan memberi manfaat kepada masyarakat dan mendidik peniaga agar lebih beretika.

Akhirnya marilah bersama kita menanti pembentangan bajet Jumaat ini. Sudah tentu kita mengharapkan bajet kali ini mesra pengguna bagi memastikan pengguna tidak dibebankan dengan lebihan kos sara hidup.

Dalam mengaplikasikan bajet ini usaha kerajaan harus dilihat serius memastikan pengguna menikmati kehidupan lebih berkualiti khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Walaupun secara realitinya pemberian subsidi banyak telah disalurkan oleh kerajaan tetapi sejauh mana ia diterima oleh golongan sasaran harus dibuktikan.

Seperti yang berlaku terhadap penawaran beras ST 15 peratus yang tidak dinikmati oleh golongan sasaran kerana manipulasi dan mekanisma pelaksanaan yang gagal. Sektor perkhidmatan dan pengangkutan awam walaupun telah berkembang dengan baik tapi memerlukan lebih penekanan agar ia dinikmati sepenuhnya oleh rakyat negara ini dan bukan terus gah di kawasan ibu kota tetapi di kawasan lain masih tidak mempunyai jalinan sistem pengangkutan yang mesra pengguna.

Belanjawan 2008 juga menekankan berhubung pakej pinjaman perumahan bagi golongan tidak berpendapatan tetap tetapi setakat mana keberkesanannya perlu dimaklumkan dan pakej ini perlu diperluaskan kerana pemilikan ekuiti seperti rumah harus menjadi keutamaan. Ini bagi memastikan golongan tidak berpendapatan tetap juga mampu memilikinya.

Kerajaan juga diharap terus membantu industri kecil dan sederhana berkembang serta mempunyai pasaran lebih luas. Pengguna harus mempunyai alternatif dalam memilih produk kepenggunaan. Produk Bumiputera sukar mendapat tempat di pasaran walaupun berkualiti dan kompetitif kerana masalah pengedaran dan kesukaran menembusi pasaran. Kerajaan sewajarnya mengemukakan insentif atau mewujudkan pusat jualan setempat yang strategik untuk memasarkan produk Bumiputera.

Monopoli dalam industri tertentu juga boleh dikurangkan dengan pakej rangsangan pembinaan ‘one–stop centre’ di pinggir bandar bagi memberikan alternatif kepada pengguna.

Amatlah diharapkan isu kepenggunaan tidak dipinggirkan dalam pembentangan bajet bagi memberikan kesan positif kepada pengguna.



# Penulis ialah Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Ayat suci di badan bayi


MAKHACHKALA: Seorang bayi Dagestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya.

Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.

Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.

Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul.





Biasanya, ia berlaku dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan malam Jumaat.

Pegawai perubatan berkata, mereka tidak dapat menjelaskan kejadian misteri itu tetapi menolak kemungkinan ditulis seseorang pada kulit kanak-kanak itu.

Ibunya, Madina, berkata dia dan suaminya semakin patuh dalam melakukan suruhan agama selepas kejadian itu.

Madina dan suaminya pada mulanya tidak menunjukkannya kepada sesiapa penemuan itu sehinggalah baru-baru ini apabila perkara itu didedahkan kepada doktor.

Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan.

Anggota Parlimen tempatan, Akhmedpasha Amiralaev, berkata kanak-kanak itu adalah tanda kebesaran Tuhan.

“Allah menghantarnya ke Dagestan dalam sebagai tanda untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negeri kami,” katanya.

Menurut Madina, Ali biasanya meragam apabila kejadian aneh itu berlaku.

“Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar untuk memegangnya ketika itu.

“Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian.

“Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu,” katanya.

Seorang imam tempatan, Abdulla, memberitahu penduduk tempatan, memang ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan, Tuhan akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa al-Quran itu kitab yang benar.

“Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan,” katanya. - Agensi

petikan dari harian metro 21 oct 2009

Friday, October 16, 2009

Kubur penebus rasa bersalah

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus
rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab
mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang
tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia
yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah
"tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah
untuk kembali kepadaNya... . .. (sebenarnya tak ade kematian yang
mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama
sebelum manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan"
manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan
angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak
kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah
perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak
membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang
patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"...
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan!)

4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau
dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih
berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47......"
kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)


Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "
dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat
di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah
cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan
doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri
dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa
ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan
diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di
akhirat. Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan
janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal
soleh. Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal
kekal menemani kami sehingga kiamat...... ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.


Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir
radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa
sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat
duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang
Islam
kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta
yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat
dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,
"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)



" Wahai Tuhanku, seharusnya HambaMu ini Tidak layak menjadi penghuni Syurga
Firdaus, tetapi aku tidak tahan untuk menghadapi siksaanMu di dalam api
neraka Jahanam,Maka oleh kerana itu Ya Allah , terimalah taubat ku dan
ampunkanlah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang mengampunkan
dosa-dosa besar"






-" in life, ALLAH doesnt give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life..."