Sunday, September 27, 2009

Motivasi Diri melalui Rasa Percaya Diri

Oleh NurWahidah

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif.

Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" € ¦à saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari
dalam.

1. Hindari Mencari-Cari Alasan

Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :
- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imajinasi

Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada
gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.

3. Jangan Takut Gagal

Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal.

Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri

Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik.

Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.

5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh

Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa
sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan.

Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang
bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan
jauh lebih menakutkan daripada
hidup yang tidak mencapai tujuan.

Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu

Oleh Ridzuan

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.

“Mama, abang minta maaf … Abang tak akan ulang lagi.” Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

“Abang … mari sini!!” Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah. Kaki anak melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku … Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

“Ya Allah … tolonglah selamatkan anakku ini.” Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

“Ya Allah … aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini … Ya Allah selamatkanlah anakku ini.”

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.

“Mama maafkan abang …” Ungkapannya sukar … tersekat-sekat kerana kesakitan itu.

“… Abang janji tak akan buat lagi.”

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

“Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku …”

“Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini …”

Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

“Puan, maafkan … Kami telah cuba melakukan yang terbaik.” Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

“Anak puan … Telah meninggal dunia.”

Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

“Anak … Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini …”

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, “Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini.”

“Ibu rindu kepadamu … Ibu rindu kepada nakalmu … Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?”

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

**********

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.

Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Dipetik dari buku “U-Turn ke Jalan Lurus”

Gaya Tidur Bayi Yang Baru Lahir

Oleh:Bait Muslim

Pengenalan :Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, ia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan.Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur

dalam purata 16 jam sehari, 2-4 jam terus menerus di antara waktu makan.



Gaya Tidur

Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.

* Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.

* Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.

* Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.

* Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bunyian jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.

* Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.

Posisi Tidur

American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah "TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.
Tempat Tidur

Cadangan tempat tidur bayi :

* Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.

* Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada isian dan pengadang katil yang tidak selamat.

* Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.

* Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.

* Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.

* Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.

* Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.

* Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.

* Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-

* Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.

* Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.

* Orang dewasa selain dari ibubapa, anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.

* Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.

Membantu Bayi Tidur

Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.

* Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.

* Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.

* Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialih ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.

* Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, dengan muzik ia boleh membentuk jadual tidur berkala.-ubmm

Hubungan Sulit Siber Mejejaskan Perkahwinan

Kiriman raina

" Oleh Marhamah Abdul Wahid

“ SAYA bingung, ustazah, hati saya terasa hambar dengan suami. Suami sibuk dengan kerjayanya. Dia hanya pulang apabila matahari terbenam dan ke pejabat esoknya sebelum matahari muncul.

“Saya hanya bahagia apabila mendapat SMS, panggilan telefon dan apabila bersembang dengan si dia di alam siber. “Kami walaupun tidak pernah bersua muka, perasaan saya seolah-olah bercinta dengan bayang-bayang masing-masing. Hampir empat tahun berlalu, akhir-akhir ini, saya berasa bersalah, berdosa dan bingung, apabila si dia mencadangkan agar kami bertemu untuk menentukan masa depan.” Begitulah keluhan seorang ibu muda kepada saya pada suatu hari. Masalah itu sebenarnya biasa bagi seorang ibu yang kesunyian, terasa terabai, banyak masa terluang di depan komputer serta tidak punya kekuatan diri untuk melawan nafsu.


Namun, akhirnya dia sedar kesilapannya. Begitupun, sesi kaunseling terarah perlu untuk mengembalikan semula rasa harga diri dan maruah seorang wanita Islam. Bagi isteri yang menghadapi kemelut jiwa yang sama, saya ingin berkongsi bersama beberapa cadangan untuk keluar daripada permasalahan ini.Untuk lebih memahami masalah seumpama, beberapa langkah perlu dilakukan seikhlas hati dan iman serta difikir dengan penuh kesedaran.

Langkah pertama, sila jawab soalan penerokaan diri berikut:-

1. Apakah sebenarnya tujuan anda berhubung dengan lelaki itu?

2. Sejauh manakah anda ingin membina perhubungan itu? Adakah hubungan cinta, sebagai sahabat atau teman berbincang? (Islam tidak terus melarang perhubungan berlainan jantina asalkan dalam batas, tujuan dan cara selayaknya).

3. Contohnya, bagi kes isteri muda ini, dengan usia perkahwinan menjangkau 12 tahun, mempunyai tiga anak serta suami bertanggungjawab, puan mendakwa memiliki keluarga teramat bahagia. Setakat manakah benar pernyataan itu? Jawapan boleh berpandukan asas berikut:

a) Puas hati dengan keperluan rumah tangga yang disediakan suami?

b) Puas hati dengan layanan suami tiada halangan/jurang dari segi komunikasi dan tiada masalah seksual? (Anda boleh berkongsi perasaan dengannya)

c) Melaksanakan tanggungjawab rumah tangga dengan baik?

d) Puas hati dengan tingkah-laku anak?

e) Memiliki sahabat/jiran yang baik yang boleh berkongsi pandangan/ bertanya masalah?

4. Anda memulakan perhubungan dengan lelaki itu dengan menipu identiti sebenar. Selama itu juga anda mengkhianati amanah suami dengan ‘melayani’ lelaki lain hingga dingin dengan suami. Apakah pandangan anda terhadap dosa dan pahala berkaitan perkara itu?

5. Kalau anda berasa bersalah/berdosa, adakah ingin mengekalkan diri dalam dosa atau terus rasa bersalah, seolah-olah ingin terus dalam azab di dunia, apatah lagi di akhirat?

6. Kalau anda tidak mahu terus berada dalam kezaliman diri dengan masalah ini adakah ingin berubah dan bertaubat?

Kalau jawapan ya, ikuti langkah berikut:-

1. Bayangkan sekiranya suami mengkhianati kesetiaan anda (seperti anda lakukan). Suami sebenarnya mempunyai lebih banyak peluang untuk berbuat demikian berbanding diri anda. Apakah perasaan anda?

2. Bayangkan jika anda berada di tempat isteri lelaki yang dikenali itu, mendapat tahu suaminya mengkhianati kesetiaannya? Dengan status anda sebenar, bagaimana perasaan anda sebagai isterinya?

3. Bandingkan bagaimana kebahagiaan anda dalam keluarga bahagia dengan yang didakwa bahagia sehingga ‘ghalit’ kata orang Kedah dengan suaranya saja?

4. Adakah anda mendapat gambaran jaminan kebahagiaan yang lebih baik dengan lelaki itu yang hanya dikenali melalui e-mel atau SMS berbanding suami sekarang?

5. Anda masih inginkan perubahan? Ingin meneruskan keluarga bahagia atau hubungan dengan lelaki itu? Jawapannya ada pada diri anda. Kalau memilih yang pertama, sila fikirkan nasihat ini.Sekiranya suami tidak terhidu langsung perhubungan itu dan jika diceritakan akan menjadikan keadaan lebih buruk, saya cadangkan tidak perlu memberitahunya.

Sebaliknya ikuti langkah seterusnya.

1. Berterus terang dengan si dia. Minta maaf di atas kesalahan yang disengajakan. Sekiranya ingin terus berhubung sebagai sahabat dan tidak akan mengganggu kehidupan anda atau lelaki itu, ia mungkin boleh diteruskan. Jika anda berdua tidak dapat mengawal diri, lebih baik menjauhi dosa daripada perkara yang boleh menyebabkan/mendorong kepada melakukan dosa.

2. Tukar nombor telefon bimbit dan alamat e-mel bagi mengelakkan anda dapat dihubungi lelaki tadi. Anda juga perlu mengawal diri daripada menghubunginya.

3. Bertaubat untuk mendapat keampunan Allah dan berjanji tidak melakukannya lagi.

4. Jika anda bermasalah luahkannya kepada suami, mengapa perlu diluahkan kepada orang lain. Saya yakin kesunyian yang dihadapi boleh difikirkan oleh anda berdua untuk melakukan sesuatu yang akan terus membahagiakan anda dan keluarga. Carilah sahabat, saudara dan jiran yang boleh membantu. Lakukan kerja berfaedah.

5. Berbincang dengan suami supaya boleh mengikuti kursus yang diminati yang boleh mengisi masa dan membuka minda sebagai suri rumah.

Akhirnya, bertekad untuk berjaya mengatasi masalah ini. Bertawakal kepada Allah kerana sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Memberi Pertolongan kepada hamba yang memohon kepada-Nya.


Note:

Nasihat kepada para isteri

Oleh kereta mayat

Geli aku, begitulah kata perumpaman yang dapat aku gambarkan apabila Handphone yang berada dalam poket atas baju melayu aku bergetar yang menandakan telah masuknya SMS dari seorang hamba Allah kepada aku..

“Tolong beli kicap”


3 rangkap SMS yang di hantar ketika aku dalam perjalanan ke masjid, tidaklah mengembirakan aku kerana tumpuan aku kepada Allah akan terganggu, hampeh betul!.., nilah orang perempuan, kalau ye pun nak SMS, hantarlah lepas solat, barulah aku boleh solat dengan khuyuk dan khuduk.., akupun call isteri aku bagi ceramah sikit..

“berapa kali abang nak pesan?, jangan kirim apa-apa waktu abang nak solat, kalau nak apa-apa, kirim lepas habis solat.., faham?!”

Bini aku ketawa sambil mintak maaf, apa yang kelakar ntah? Katanya tak sengaja, dan janji lain kali tak buat lagi, dan juga berjanji di lain kali, akan SMS lepas solat jika ada apa-apa nak pesan..

Jadi aku pesan lagi sekali kat semua isteri orang yang baca blog aku,:

“TOLONG JANGAN SMS KIRIM BELI BARANG DAPUR WAKTU SUAMI NAK PERGI SOLAT”

Faham?!

Kalau nak SMS gak, tunggu lepas 15 minit, insyAllah, lepas dah solat, suami akan beli barang dapur yang korang kirim dengan senang hati, jika tidak, alamak!, dalam setiap rakaat ler nampaknya syaitan akan ingatkan barang yang nak di beli.., iman rukuk -tolong beli kicap, imam iktidal -kicap warna hitam, imam sujud -cap kipas udang, imam duduk antara dua sujud,-kenapa kicap asyik warna hitam?, imam sujud balik – apa salahnya jika kicap warna biru? Imam rakaat ke dua, korang dah bukak kilang kicap, imam bagi salam, korang tiba tiba sambung satu rakaat sebab asyik sangat berangan jadi jutawan kicap warna biru.., apa apa ntah?!

Habis sampai situ, harap semua isteri di luar sana mengerti penderitaan suami masing-masing, Ok, bercerita tentang SMS, korang perasan tak? Dalam solat, kita sebenarnya sentiasa menghatar ‘sms’ kepada Allah..

Sebagai contoh waktu rukuk, ‘sms’ yang kita hantar:

"Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya."

Waktu iktidal pulak, kita hantar ‘sms’:

"Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian."

Lepas tu waktu sujud, kita hantar 3 kali lagi ‘sms’

"Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya."

Duduk antara dua sujuk, ‘sms’ kita panjang sikit:

"Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, lindungkan aku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku."

Dan pentuup solat, kita bagi ‘sms’ yang panjang..

"Segala penghormatan yang berkat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah...."

Dan tahukah korang?, bahawa setiap ‘sms’ yang korang hantar kepada Allah itu, sebenarnya Allah terima dan balas balik bagi mereka yang khusyuk…

Contohnya dalam Al fatihah:

‘sms’ korang:

''Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.''

‘sms’ dari Allah:

"Hamba-Ku telah memuji-Ku."

‘sms’ korang:

''Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.''

‘sms’ dari Allah:

"Hamba-Ku Mengagungkan-Ku."

‘sms’ korang:

''Raja di Hari Pengadilan.''

‘sms’ dari Allah:

"Hamba-Ku berserah diri kepada-Ku."

‘sms’ korang:

''Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.''

‘sms’ dari Allah:

"Inilah antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."

‘sms’ korang:

''Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau anugerahkan kepada mereka yang Engkau cintai, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang Engkau sesatkan.''

‘sms’ dari Allah:

"Ini milik hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."

****

Lepas tu pulak, bila korang dah habis solat, maka korang akan hantar ‘sms’ panjang panjang mengikut hajat masing masing.. dan tahukan korang?, apakah tanda ‘sms panjang’ kita itu diterima?

Menurut seorang sahabat Tabein yang bernama Thabib Bananni Rahmatullaalahi, beliau menyatakan seorang wali Allah akan dapat mengetahui akan ‘sms’ manakah yang di ‘hantar’ oleh beliau yang diterima oleh Allah, iaitu beliau setiap kali badan rasa bergetar, air mata mengalir, bulu roma meremang dan satu ‘vibrate’ dalam dada berlaku di setiap kali hamba Allah ini berdoa, maka ‘vibrate’ dalam dada itulah antara salah satu petunjuk yang menandakan ‘sms’ beliau telah di terima oleh Allah.. hebat bukan?

Dada bergetar menandakan doa makbul? Aku juga pernah alami peristiwa ini, lepas solat, aku terus berdoa dengan tawajjuh pada Allah, mata ku pejam rapat rapat, dan tangan menggiggil tanda khuyuk dalam hati.. tiba tiba satu gegeran berlaku di dada aku, makin lama makin kuat.. oh, inilah agaknya pentanda bahawa doaku telah makbul..

“Jangan lupa, beli kicap”

Cis!, isyarat vibrate sms dari bini aku rupanya, hampeh! Lepas ni tak nak silent mode with vibration lagi! Geli tetek aku.

End!

Ps: Betul kata hadith, bahawa doa wanita lebih makbul dari lelaki

sumber dari kereta mayat

Meningkatkan Keyakinan Diri

Oleh Norizan Sharif

Di dalam persekitaran yang penuh cabaran ini, pasti semua individu menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan, iaitu masalah Keyakinan Diri. Bagaimana kita mengekalkan atau meningkatkan keyakinan diri kita?

Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diambil sebagai panduan untuk meningkatkan keyakinan diri anda : Kita sebagai seorang individu yang normal atau kurang upaya, mempunyai kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Oleh itu, anda yang dapat mengenali diri anda dengan baik pasti anda mengetahui kelebihan dan kekurangan diri anda itu.

Dengan itu, anda diminta untuk mengasah kelebihan anda dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Dengan cara ini seseorang itu betul-betul menghargai usaha sendiri dan puas dengan apa yang dikecapi hasil daripada usaha yang dilakukan.

Kedua, ambil risiko. Anggap kegagalan merupakan satu proses pembelajaran dan pengalaman. Jika anda gagal tidak bermakna anda tidak berkebolehan.

Mungkin kegagalan itu berpunca daripada keterbatasan kebolehan atau kemahiran diri. Jangan risau bahawa kemahiran hidup boleh dibentuk dan anda pasti akan mampu untuk berjaya sekiranya anda memperbaiki segala kelemahan yang ada daripada pengalaman kegagalan yang lalu. Ingat!!!

Anda mungkin tidak semestinya akan berjaya setelah mencuba untuk kali kedua.. anda mungkin kena melalui percubaan demi percubaan tidak kira berapa kali, 3...4...10...100 dan ........

Jika tidak berjaya juga jangan bimbang, mungkin anda memang tidak berkebolehan untuk melakukannya... ingat bukan itu sahaja yang anda boleh lakukan... banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan. Ketiga, sentiasa berfikiran positif.

Jika anda dihantui oleh fikiran negatif, ingatkan diri anda bahawa anda mempunyai kelebihan yang lain yang boleh dimanfaatkan. Sebagai contoh, katakan kawan anda amat pandai dalam pengiraan (subjek matematik) dan anda pula mudah untuk mengingat (subjek sejarah). Anda dan kawan anda boleh belajar bersama secara berkumpulan dan saling tolong-menolong untuk mencapai kecemerlangan akademik. Ingat sentiasa berfikiran positif bahawa anda melakukannya untuk faedah anda dan kawan anda iaitu untuk berjaya.

Ingat apa yang anda lakukan, lakukan untuk diri anda. Abaikan apa yang diperkatakan oleh orang lain tentang diri anda, apa yang penting adalah anda menyayangi diri anda dan anda lakukan hanya untuk kesejahteraan diri anda.

Nobody Perfect!

Friday, September 11, 2009

Ron 95 dan Ron 97..

Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar?

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula hari ni, klasifikasi penjualan minyak petrol di Malaysia akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.
Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.
Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tet

Wednesday, September 9, 2009

Kemana hilangnya malu wahai perempuan...

SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.

Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.

Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.

Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua.
Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.

Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.

Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal…”

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.

Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.
Di catat oleh tinta islam Pada 23:22

Sunday, September 6, 2009

untuk menjadi usahawan

• Anda mesti mempunyai sikap rajin, yang meliputi semua perkara.

Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu mempunyai minat, keinginan dan kesungguhan yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaan yang diharapkan tidak akan tercapai. Sikap untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja adalah satu sikap yang baik.

Kita tidak dapat meramal masa depan kita. Contohnya jika seseorang yang mendapat pangkat ‘A' dalam peperiksaan bukan bermakna dia akan mendapat ‘A' dalam semua perkara. Jika kita lihat usahawan yang berjaya, mungkin mereka bukan dari golongan yang mendapat pangkat ‘A' dalam peperiksaan. Tetapi mereka terdiri dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuat apa sahaja untuk bertahan. Mereka belajar dari pengalaman dan berani mengambil risiko. Tanpa minat yang tinggi, kesungguhan, kesabaran dan takwa, usahawan tidak akan beroleh kejayaan cemerlang.

• Anda mesti mempunyai keyakinan diri
• Disamping minat dan kesungguhan, kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang. Ini perlu dipupuk dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad , keimanan yang kukuh dan berfikiran terbuka dan positif. Sesungguhnya usahawan adalah insan yang istimewa. Mereka merupakan golongan yang berani dan sanggup mengharungi pahit getir dunia perniagaan yang mencabar. Oleh itu, seorang usahawan tidak perlu teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus perniagaan. Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam membuat keputusan untuk menjamin keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi, tetapi jangan terlalu difikirkanya. Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada diri bagaimana untuk menyelesaikannya

• Mengurus organisasi dan operasi syarikat adalah penting
• Mengurus organisasi dan operasi syarikat merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus. Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat penting kerana ia diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia. Jika aliran wang tunai tidak diurus secara mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam keaadan yang kukuh.

• Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta
• Seseorang usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua ini penting untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi dari para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti diberi dan bukan diminta dan usahawan hanya akan mendapatkannya melalui ilmu pengetahuan. Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini maka usahawan perlulah berusaha mencarinya di tempat yang lain atau mendapatkannya dari orang yang lebih berpengalaman.

• Belajar apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan
• Fokus kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada bagaimana cara untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang timbul. Jangan optimis kepada sesuatu yang anda suka sahaja tetapi belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan dengan cemerlang .

• Belajar dari kesilapan
• Tiada manusia di dunia ini sempurna. Kesilapan yang timbul mengajar manusia untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat mengembangkan minda kita menjadi lebih kreatif menyelesai masalah. Buatlah ‘post mortem', kaji kesilapan yang telah berlaku dan jangan ulangi kesilapan itu. Di samping itu, sikap ego perlu diketepikan dan akuilah kesilapan yang telah berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan tercapai.

• Ambil tindakan berasakan keutamaan
• Usahawan perlu bijak bertindak mengikut kepentingan sesuatu perkara.
Perlu ditulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan tindakan kita apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya. Kemudian perlu kita menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan bertindak mengikut senarai yang tertulis. Sekiranya seseorang berada di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa yang difikirkan. Tetapi apa yang penting, janganlah takut dengan masalah tersebut dan bertindaklah untuk menyelesaikanya secara bijak.

• Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab

Jika kita memberi tugasan penting kepada staf, kita perlu menentukan ia melaksanakan dgn ciri2 berikut:-

- Ia melakukan tugasan yang diamanahkan dengan cara yang terbaik dan tepat pada masanya.
- Ia mempunyai keupayaan untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah.
- Ia perlu merujuk semula kepada kita jika terdapat kesulitan yang tidak dapat diselesaikan

Kita juga perlu

- kreatif dan tegas dalam membuat keputusan
- jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk berjaya.

Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya dihormati oleh orang-orang pimpinannya dan pesaingnya. Seorang peminpin juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang pengurusan dan operasi syarikatnya dan juga syarikat pesaing. Semua ini perlu untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan, Insyallah.

Hayatilah kisah di bawah ini...

Hari-hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke
K. Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan
lama.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir
pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki -
berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak
apalah dik... abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih
kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri
pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak,
dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi
ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di
meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... "
Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek
budi bahasanya!
Tuan punya restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke
premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum
dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun
orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia
menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih
kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya
untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali
sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul
dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian
di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not
merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya
berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima
kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya
gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah
terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10
pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua
matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-
kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik
berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata
saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat
tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah
kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu
saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak,
mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya,
saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam
bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah
saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan
satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia
mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam
perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya
statusnya. Anak yatim kah??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? ? Terus terang saya
katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi
kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya
satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn
saya, siapa kita sebenarnya!! ! ---

AGAKNYALAHKAN... KALAU KANAK-KANAK TU ADALAH KITA, ADAKAH KITA AKAN LAKUKAN PERKARA YANG SAMA?

15 Pekara penyebab BALA

" Untuk renungan bersama. Semoga kita mendapat menafaat.

Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu”.

(Hadith riwayat Tirmizi) "

Saturday, September 5, 2009

Telor Rebus punya cerita.

Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak.
Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebuslah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.
Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.
Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...
Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb..
Aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!...
fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..
Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku..
laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku
lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah
aku pun ada!!.
Ahhhhhhhhhhhhhhhh... kantoi.. kantoi!

Tazkirah: Setiap hari berapa lama kita mengingati Allah?

Tazkirah: Setiap hari berapa lama kita mengingati Allah?
Posted on Tuesday, August 18 @ 21:03:27 PDT by AbuJihad


Oleh: tinta_islam

"Siapakah kita? Dari mana kita datang? Kemana kita akan dikembalikan? Kesemua persoalan ini akan membawa kita kepada Pencipta Yang Satu yakni Allah Rabbuljalil. Selamilah ke dalam diri sendiri sejauh mana kita menyedari hakikat bahawa manusia walau sehebat dan setinggi mana kedudukannya diatas muka bumi ini namun yang memisahkan darjat manusia disisi Allah hanyalah Iman dan Takwa.

Seorang teman pernah mengingatkan bahawa dunia ini ibarat penjara dan manusia adalah ibarat banduan yang menanti masa ke tali gantung. Bezanya hanyalah banduan yang dihukum mati mengetahui bila masanya dia akan digantung sementara kita tidak, hanya menanti masanya. Sudahkah kita bersedia melaluinya?

Perhatikanlah disekeliling kita, betapa besarnya kurniaan nikmat Allah untuk manusia. Bangkit daripada tidur adalah satu nikmat, dapat membuka mata dan melihat adalah nikmat, memandang cermin dan melihat diri kita dari hujung rambut ke hujung kaki terasa begitu agungnya kejadian Allah. Itu hanya setakat diri kita sendiri, belum lagi memandang keluar tingkap melihat langit yang terbentang luas yang tidak ada siapa yang mengetahui betapa luasnya ia. Sesungguhnya ilmu Allah itu tiada batasnya sepertimana ilmu manusia kerana Dia adalah Al-khaliq. Sedarlah siapa kita wahai sekalian manusia, kita ini adalah hamba, hamba abdi kepada Tuhan yang satu yakni Allah.

Cuba hitungkan berapa lama sudah kita menumpang hidup diatas bumi Allah ini? 20 tahun? 40 tahun? 60 tahun? Selama kita hidup dengan menikmati segala nikmat yang Allah berikan ini, apa yang telah kita lakukan untuk membayarnya? Allah tidak menagih hambaNya untuk membayar dengan wang ringgit dan harta benda, apa yang Allah kehendaki hanyalah ketaatan kita sebagai hambanya. Selama kita hidup, adakah kita benar-benar taat dengan segala perintahnya sebagai 'Tuan' kepada kita? Allah memerintahkan kita solat apabila masuk waktunya, adakah kita taat? atau kita masih sibuk dengan urusan dunia. Tidak merasa bersalahkah kita membiarkan 'Tuan' menanti kita untuk mengadapNya. Tanyalah diri masing-masing 'selama kita hidup, apa yang telah kita lakukan untuk Allah dan agamanya?' dan 'setiap hari berapa lama kita mengingati Allah?. Sehari ada 24 jam dan dalam waktu sebanyak itu, berapa saat, berapa minit, berapa jam kita mengingati Allah?

Renungkanlah betapa lalainya kita sebagai hamba, seandainya kita hanya mengingati Allah disaat kita solat dan satu waktu solat itu mengambil masa kira-kira 10 minit, ini bermakna dalam 24 jam hanya lebih kurang satu jam kita mengingati Allah. Bayangkan kita telah menghabiskan 23 jam untuk urusan dunia. Ini bukan bermakna kita tidak perlu bekerja, tidak perlu makan dan tidak perlu minum tetapi ingatlah kepada Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Bekerja dengan penuh iltizam agar hasil rezeki darinya dapat kita nafkahkan sebahagiannya ke jalan Allah, makan dengan penuh ingatan bahawa apa yang kita makan itu adalah rezeki kurniaan Allah. Itulah ertinya seorang hamba yang bersyukur.

Hari ini, Allah menguji kita dengan bermacam-macam bencana yang datang bertimpa-timpa, belum pun habis dengan krisis ekonomi, Allah datangkan pula dengan wabak penyakit chikugunya, denggi, influenza A H1N1 dan sebahagian negara dilanda gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya. Sejauh mana manusia mengambil segala bala bencana ini sebagai ujian dari Allah? Tingkah laku manusia masih kelihatan seperti biasa, tiada resah, tiada gusar dan tiada bergantung harap kepada Allah. Benarlah syaitan itu akan terus melalaikan dan melekakan manusia sehingga nyawa berada halkum, sehingga pintu taubat telah tertutup untuk manusia. Kembalilah kepada Allah, mohonlah ampun kepadanya sementara pintu taubat masih terbuka luas, perbaikilah segala amalan, panjatkanlah doa dan harapan agar pancaran hidayah dari Allah menerangi hati kita yang gelap dan kelam dengan selaput dosa-dosa silam. Semoga Allah panjangkan usia kita hamba-hamba yang hina ini untuk dapat sama-sama memanafaatkan Ramadhan yang bakal menjelma. Kami menantimu Ramadhan...

http://jamaahkite.blogspot.com/"