1) MENGETAHUI HAK ALLAH TETAPI TIDAK MENEGAKKAN HAK ITU
Sebagai contoh kita tahu kita ini hamba Allah. Semua orang islam tahu kita ini hamba Allah dan sebagai hamba Allah kita ada taklif atau pun kewajipan. Tetapi kewajipan tidak kita tegakkan. Kita hanya berkata saya hamba Allah tetapi berlagak seperti tuan.
2) MEMBACA AL-QURAN TETAPI TIDAK MELAKSANAKAN SURUHANNYA
Rata-rata ramai orang bertadarus Al-Quran dimusim Ramadhan,Alhamdulillah. Semoga Allah ganjari mereka yang bertadarus itu tetapi adakah kita memahami dan menghayati suruhan-suruhan Al-Quran atau pun sekadar bertadarus dan membaca. Quran berkata 'A' kita mengatakan 'Z'.
3) MENCINTAI NABI TAPI MENGABAIKAN SUNNAHNYA.
Kita berselawat nabi, sebagai contoh musim Maulidur Rasul.Kita berdiri dan masing-masing berselawat ke atas Nabi. Sedap pula suara kita ketika itu. Tapi sunnahnya adakah kita tegakkan. Ini persoalannya. Bila kita cintai Nabi dengan lidah tapi mengabaikan sunnahnya. Maksud sunnah ialah ajaran yang dibawa nabi. Maka ia mematikan hati.
4) TAKUTKAN MATI TETAPI TIDAK PERSIAPKAN DIRI
Ini perkara popular. Tanyalah kepada sesiapa pun. Ramai orang malah hampir kesemua manusia takutkan mati tetapi apakah persiapan untuk menghadapi mati. Tidak lakukan apa- apa. Yang dilakukan ialah enjoy, berseronok tetapi ibadah khusus tidak dilakukan. Lidah berkata takutkan mati persiapannya tidak ada. Orang seperti ini hatinya mati.
5) MENGETAHUI SYAITAN ITU MUSUH TETAPI GHAIRAH PULA MENGIKUTNYA
Ini pun semua kita faham. Tanyalah kepada sesiapa pun terutama orang Islam, syaitan adalah musuh kita. Kita akan berkata syaitan musuh kita tapi tanpa disedari kita mengikut cakap syaitan. Syaitan berkata jangan solat kita tak solat. Syaitan berkata mengata orang kita mengata orang. Maka syaitan musuh kita tapi sayangnya kita mengikut musuh kita sampai kita mati bertemu dengan Allah. Maka itu mematikan hati.
6) TAKUTKAN NERAKA TAPI MELAKUKAN MAKSIAT
Tanyalah kepada orang Islam adakah mereka takutkan neraka. Sebahagian takutkan neraka tetapi maksiat dibuat selalu.Itu mematikan hati.
7) MAHUKAN SYURGA TAPI TIDAK BERAMAL SOLEH
Kita mahukan balasan yang baik, Jannatul Firdaus tetapi sembahyang, puasanya tidak. Perkara haram sering dilakukan. Itu mematikan hati.
8) KEKURANGAN DIRI SENDIRI DILUPAKAN TETAPI KEKURANGAN ORANG LAIN
DIKETENGAHKAN.
Maksudnya kita tidak mahu melihat kelemahan diri sendiri tapi bila melihat kelemahan orang lain kita boleh tulis novel yang panjangnya 200 halaman. Itulah manusia yang hatinya telah mati. Lantas tuan-tuan dan puan-puan, apabila kita asyik melihat kelemahan orang lain, asyik komen tentang orang lain tetapi tidak mahu komen tentang kelemahan diri sendiri itu petanda hati kita telah mati.
Semoga insyaallah peringatan Ibrahim bin Adham ini menjadi iktibar kepada kita bersama agar insyaallah kita dapat beramal soleh, mendekatkan diri kepada Allah dan yang paling penting kita dapat hidupkan hati kita. Bila hati kita hidup dengan cahaya nur, iman dan takwa, keputusan yang kita buat setiap hari berhubung diri kita, keluarga kita, kerjaya kita dan masalah kita, tepat dan mampu menyelesaikan masalah. Sebaliknya jika hati kita mati dan setiap hari berdepan dengan masalah, kita membuat keputusan dan akhirnya kita menyedari keputusan yang kita buat menyusahkan lagi diri kita sendiri. Sebab kita membuat keputusan dari hati yang mati.
Semoga peringatan Ibrahim bin Adham tentang 8 perkara yang mematikan hati dapat sama-sama kita jadikan sebagai panduan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. insyaallah
No comments:
Post a Comment