Thursday, January 22, 2009
KERACUNAN AKIBAT DARIPADA PENGAMBILAN MAKANAN YANG TIDAK BETUL
• Amalkan mengambil kurma dengan menggunakan ibu jari & jari manis.
• Biji kurma hendaklah dibuang dengan cara mengeluarkan drp mulut dan diletakkan di belakang tapak tangan.
• Kemudian barulah dibuang.
• Tujuannya : menghormati biji kurma yang dikatakan mempunyai roh.
ADAB MAKAN
• Tidak elok jika makan bersulam dengan air.
• Minum @ makan dahulu, kemudian bajet2 melakukan pergerakan 40 langkah atau dlm 5 minit kemudian barulah Makan @ minum.
• Cara minum pun, hendaklah dengan 3 kali hirup sahaja. (sunnah Rasulullah)
• Rasionalnya : perut kita mempunyai 3 bahagian iaitu kantung air, kantung makanan & kantung angin.
• Sekiranya makan bersulam dengan air, air itu akan termasuk dalam kantung makanan, dan bila air & makanan sudah bercampur dalam satu kantung, maka akan terjadilah proses keracunan. Dan lagi air bercampur dengan nasi akan menghasilkan gas. Angin pun mulalah masuk.. so mula lah krong krang kroang krang..kembung perut…!!
MENGELAKKAN EKZEMA, GOUT, GATAL & KEPUTIHAN
Tidak digalakkan memakan ikan bilis.
Sebabnya : Ikan bilis ialah specis yg bertelur & menetas dengan menumpang pada obor-obor. Obor-obor adalah sejenis haiwan yang mempunyai tahap keracunan yg tinggi & amat berbisa
Ikan bilis consume makanan drp obor-obor tersebut seperti parasit dimana akhirnya obor-obor tersebut lenyap di telan bilis.
Sebab itulah ikan bilis itu berbisa dan jika ikan-ikan lain memakan bilis, ikan-ikan tersebut akan mati.
ANTARA MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN MAKAN SEKALI GUS…
Telur dan ikan bilis adalah kombinasi yang tidak elok.
Telur dan ikan bilis … boleh menyebabkan keradangan perut..keracunan makanan (so hati2 bila makan nasi lemak ya)
* Ikan bawal dan Daun Salad
* Buah dan susu…(so kurangkan lah order air tembikai susu, karot susu dan sebagainyalah)
MENGELAKKAN SAKIT BISA SENDI
Jangan dicampurkan bawang putih dan bawang merah dalam masakan.
Ia sebenarnya boleh membawa kepada keracunan badan yang menyerang sendi2. Sebab tu laa asik sakit sendi jer.. Lutut pun naik loheee.
Alternatif : Sebaiknya gunalah kombinasi bawang putih dan bawang besar.
MENGUBATI SAKIT & SENGAL2 LUTUT dan sebagainya
Ambil kaki ayam & akar pokok durian. Direbus dan dibuat sup dan makanlah seperti biasa.
Selamat menghirup sup kaki ayam & akar pokok durian…!!!
UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROL
Daun rambutan (dalam 7-8 helai)
Madu (2 sudu)
Perahan limau nipis (1 biji)
Semua bahan di blend dan diminum airnya… madu fungsinya untuk mencairkan darah, supaya mudah dipam ke jantung, manakala lima nipis fungsinya untuk membuang lemak dalam darah.
KENCING MANIS
Apple Hijau dan Belimbing di kisar halus. Kemudian dimasak sehingga dari 3 gelas air.. dijadikan sehingga segelas kemudian campur dengan madu 2 sudu lalu diminum.
LELAH
Madu 3 sudu
Cuka 3 sudu
Ibu kunyit ditumbuk
Masakkan dengan 3 gelas air..jadikan hingga segelas, ditapis kemudian diminum airnya.
DARAH TINGGI
1. Daun ceri dikisar, direbus dan diminum airnya.
2. Belimbing dikisar, direbus dan diminum airnya
Tetapi pemakanan kena jaga juga, seperti makan 1 lauk jer dan jangan makan bersulam minum.
SEMBELIT
Buah betik (ikut measure sendiri)
Madu 3 sudu
Perahan limau nipis..
Blend semua bahan kemudian ditapis dan diminum airnya… hmm..yummy… pastu ready jer laaa.. buat appointment jumpa Mr Toi..!
PROSTAT / KENCING TAK LAWAS
Tanda2 awal serangan kanser..(dalam islam, kanser adalah panyakit bawaan jin, sebab itulah selalunya kanser menyerang tempat2 yang sulit spt payudara, rahim, prostat.. bla..bla..!)
Daun semalu dihancurkan dengan sedikit air..pastu letak sarang angkut2 (yang telah diletak air supaya cair) …tenyeh sama bahan2 tersebut. Kemudian ditepek kat tempat yang sakit.
Contoh : kanser rahim @ prostat, tepek laa dekat atas perut, kalau kanser payudara, tepek laa kat atas breast.
Cara lagi satu..untuk mengubati Prostat yg bengkak , ambil batu sungai dalam 2,3 ketul..di bakar dan di letak dalam lubang tandas.. Lepas tu , silalah berkemban dan kembangkan kain itu meliputi lubang tandas(supaya wap panas akan naik & tak bersepah keluar) dan kencing di atas batu tersebut.. (macam bertangas tu..)
(oops.. kena berhati-hati.. takut kena batu lain pulaks…). Tapi siap la akan semerbak satu bilik..
KANSER (Peringkat Awalan)
Daun semalu dan sarang angkut2 yang telah hancur hendaklah dicampur dengan segelas air… dibiarkan air tu dalam gelas, kemudian biarkan mendap…
Ambil air campuran tersebut yg dah jernih tu kemudian diminum.
(info : sarang angkut2 ni dibuat dari 7 jenis tanah yang bersih)
KANSER OTAK
Daun semalu dan sarang angkut2 yg telah hancur hendaklah dicampur dengan segelas air… dibiarkan air tu dalam gelas, kemudian biarkan mendap…
Ambil air campuran tersebut yg dah jernih tu kemudian diminum.
MIGRAIN
Garam kasar dan lada hitam, tabur diatas surat khabar dan jalan la di atasnya.
GASTRIK
Kunyit (besar ibu jari/1 ruas) dan madu (3 sudu) dan makanlah.
UNTUK WANITA : HAID TIDAK TERATUR
Daun Sireh (10helai) di kisar halus dan campur gula merah (2 /4 sudu). Bahan2 ini di masak lepas tu baru diminum airnya.
MIGRAIN
Garam kasar di campur lada hitam kemudian dipijak….
EKZEMA (Sakit Kulit)
Cuka di campur dengan bedak sejuk kemudian ditempat kat tempat yang gatal tu..
UNTUK MENGUBATI SAKIT PERUT
Cuka (3 sudu) di campur dengan air suam dan di minum.
Bagi perut yang sakit ambil ketulan ais dan dituang sedikit cuka, balut dengan kain dan seterusnya demak/tuam di perut yang sakit tersebut.
Cuka elok jika dituang di dalam mangkuk dan dibiarkan terdedah. Letaklah di mana2 sudut di dalam rumah. Tujuannya untuk membuang aura2 yang kureng baik..
info
Madu lebah(a'sal) Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri
mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Wednesday, January 7, 2009
Bahaya hati
Banyak manakah amalan kebaikan yang telah kita persiapkan untuk menjadi bekalan kita di akhirat nanti.
Allah Taala berfirman “Dan janganlah Engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula. Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafiq). Dan di hari itu didekatkanlah syurga kepada orang-orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan dengan jelas neraka jahim kepada orang-orang yang sesat” (As-Syu'araa' ayat 88-91).
Walaupun pada hakikatnya bukanlah amalan kita yang akan menjamin untuk kita mendapatkan syurga tetapi tanpa amalan kebaikan yang kita ada mana mungkin Allah akan memberikan rahmatNya kepada kita sebagai tiket untuk ditunjukkan kepada Malaikat Ridhuan penjaga pintu syurga Allah. Untuk kita melakukan amal kebaikan kita memerlukan hati yang bersih agar ianya dapat mendorong untuk kita melakukan amal tersebut. Kerana Rasulullah bersabda “Sesungguhnya dalam tubuh manusia itu ada seketul daging yang apabila ia baik akan baiklah seluruh tubuh manusia, dan apabila ia rosak akan rosaklah seluruh anggota tubuh manusia. Ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati”. Berdasarkan hadis ini fahamlah kita bahawa hati memainkan peranan yang penting bagi seseorang manusia. Hatilah yang akan mengatur kehidupan kita seluruhnya.
Jasmani atau lebih dikenali sebagai tubuh badan akan dihinggapi virus jika tidak menjaganya dengan baik. Sama ada sedar ataupun tidak, rohani juga akan dihinggapi virus. Antara virus-virus rohani (hati) ialah riyak, ujub, dengki, tamak, bakhil, sombong dan lain-lain. Virus jasmani (tubuh badan) kesannya hanya di dunia jika tidak dirawat. Berlainan pula dengan rohani (hati), ia akan berlarutan hinggalah kita bertemu dengan Allah di akhirat nanti jika dibiarkan terus berpenyakit. Dan ia sudah tentu menjauhkan diri kita dengan Allah Taala. Kerana setiap kali kejahatan yang kita lakukan akan tumbuh satu bintik hitam di dalam hati. Cuba bayangkan berapa banyakkah bintik hitam yang akan tumbuh jika kita terus menerus melakukan kejahatan tanpa kita merawatnya. Dan perkara ini sudah tentu akan menjauhkan lagi diri kita dengan Allah. Bagaimanakah kita akan masuk syurga sedangkan kita jauh dengan Allah.
Oleh yang demikian, bukanlah jasmani sahaja yang perlu diisi dengan makanan yang sedap-sedap tetapi rohani (hati) juga perlu diisi dengan selalu mengingati Allah seperti berzikir membaca al-quran dan lain-lain. Firman Allah “Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”. (Ar-Ra'd ayat 28). Dan selalulah menghadiri majlis-majlis ilmu kerana di situ ada barakah dan hikmahnya seperti kata Luqman al-Hakim “Hai anakku ambil beratlah untuk duduk di dalam majlis ulama' (majlis ilmu) dan dengarilah kata-kata para hukama', kerana sesungguhnya Allah menghidupkan hati-hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan”. Dengan ilmu yang kita dapat dari majlis itu mudah-mudahan dapat merawat dan menghindarkan diri kita dari virus (penyakit-penyakit) rohani (hati) ini.
Juga penulis ingin mengingatkan kepada diri kita semua agar selalu berdoa kepada Allah supaya menetapkan hati kita ini di dalam menunaikan perintah dan meninggalkan laranganNya. Dan tidak memesongkan hati kita setelah Dia beri hidayah kepada kita.
Firman Allah lagi “Katakanlah (wahai Muhammad) Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturaNya), dan memberi petunjuk ke jalan agamaNya, sesiapa yang rujuk kepadaNya. Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. (Ar-Ra'd ayat 27-28).
Sekiranya penyakit-penyakit rohani (hati) ini masih ada di dalam diri kita, sama-samalah kita merawatnya kerana ia lebih berbahaya dari penyakit jasmani. Mudah-mudahan dengan usaha kita ini, Allah memberi peluang untuk kita menduduki syurgaNya kelak. Amin Ya Rabb al-‘Alamin."
AWAS ! TOPENG BARU SKIM CEPAT KAYA.
Join saja, pilih package, bayar, kemudian dapat post-dated cheque 2 keping yg boleh ditunaikan dalam masa 1 dan 2 bulan berikutnya. Nampak sangat mudah kan? Tiap-tiap bulan kerjanya cuma cashkan cheque sahaja. Kononnya kita beli produk, tapi tak ambil. company tolong jualkan produk kita pada customer mereka. Wah...bukan main lagik!
Bijak sungguh perniagaan begini. Sudah pastilah sangat senang menarik orang-orang tua, orang-orang kampung yang cetek ilmu, atau maaf kata, orang-orang melayu yang sangat kemaruk nak kaya tapi kalau boleh nak cara yang paaaaling mudah! Nah... dalam tak sedar terjebak dalam kegiatan money game (dulu orang panggil Skim Cepat Kaya). tapi kalau saya cakap begitu, pastilah mereka-mereka ini akan kata "Eh.. tak.. ni bukan money game. ni company kukuh. kita guna sistem jualan semula. akta ni ada dalam AJL punya terms bla.. bla.. bla..".
Sahabat... sebelum ini orang-orang yang menyertai program-program seperti EM-Pay, ABFund, Buluhmas, Jasmeen , Noradz Travel, Eastana Farm dan sebagainya juga mengatakan program mereka sah, legal, syarikat kukuh dan sebagainya sehinggalah ianya di banned oleh Bank Negara. Bila dah kena banned barulah menyengeh dekat orang bawah "Nak buat macamana... ni la risiko dia. bukan ko jer, aku pun kena..." Persoalannya, adakah anda mahu tunggu pada masa dan ketika itu baru sedar? Adakah itu risiko yang anda sanggup ambil? Ah! kalau kena banned, bukan kita sahaja yang rugi, company pun rugi. Benarkah? Anda tahu kah samada company ada berapa akaun? Anda tahu tak sekiranya company awal-awal lagi dah salurkan sebahagian keuntungan atas nama syarikat lain? Anda sedar tak mengapa company secara perlahan-lahan cuba mengubah dasar perniagaan kepada yang lebih bersifat fizikal? Ingat, kita memperkenalkan sesuatu bisnes atau perniagaan kepada orang bukan sekadar menjaja syarikat, marketing plan dan sebagainya tetapi turut menjaja muka, nama baik dan maruah diri kita sendiri. Jika kita memperkenalkan program yang berasaskan MoneyGame a.k.a Skim Cepat Kaya kepada sahabat ataupun saudara kita dan kemudiannya syarikat tersebut tutup, bungkus, lingkup, lari atau sebagainya, memadai kah dengan hanya berkata "Nak buat macamana... aku pun kena tipu juga...". Kemudian dua tiga hari selepas itu, promote skim lain pula. Begitu mudah kah?
Berapa ramai yang tertipu tetapi bila syarikat kena banned, asset dibekukan, so kita pun merasakan kita tak boleh buat apa-apa. Kita rasa company tu pun susah sebab semua assetnya dah dibekukan. Benarkah begitu keadaannya? Kalau sebelum ini duit yang anda semua laburkan dia telah parking atau laburkan dibawah nama company lain pula nak kata apa? Anda melopong, company kononnya kena banned, asset company kononnya dibekukan, tetapi pengasasnya kaya raya dengan sebahagian besar duit kita yang tertipu. kerana itulah company-company begini selepas setahun mereka akan cuba diversify perniagaan mereka kepada fizikal business seperti mewujudkan franchais, perhotelan, cafe dan sebagainya. Adakah anda tahu dan adakah anda boleh pastikan samada cabang-cabang business tersebut menggunakan nama dan akaun syarikat yang sama? Hehehehe. Diorang ni guna concept rocket nak terbang ke angkasa lepas. kepala pergi, ekor lepas. Sampai satu stage lagi, kepala pergi badan lepas. At the end, diorang tetap kaya raya dengan 'perniagaan sah' yang pada mulanya tak dapat dilakukan akibat ketiadaan modal. Tapi akhirnya boleh direalisasikan dengan modal-modal yang diberikan oleh kita-kita semua yang nak sangat kaya cepat ni.
Orang yang buat Money Game ni bukan orang-orang bodoh saudara. Mereka kebanyakannyan terdiri dari orang yang pakar dalam bidang perundangan, mahir dalam akta AJL dan sangat arif dalam pelan pemasaran berangkai. Jadi sangat mudah mereka mengelirukan dan memutar-belitkan fakta bagi memperlihatkan apa yang mereka buat kelihatan sah dah legal. Saya berikan satu contoh dibawah:
Company A merupakan pengeksport kambing gurun dari Turki untuk pasaran dalam dan luar negara (atas kertas la. Yang sebenarnya, kita pun tak tahu. Maklumlah... kawan yang promote). Dia memperkenalkan satu sistem yang kononnya digelar Smart Partnership (ni apa-apa nama pun boleh asalkan bunyinya sedap. Contohnya joinventure, smart franchais, sell back dan sebagainya). Jadi kalau anda nak join, anda boleh beli kambing gurun ini dengan harga borong sebanyak RM500 seekor dan syarikat akan menjualkannya dengan harga RM900 seekor dalam masa 2 bulan. Tapi disebabkan company memang sudah ada customer tetap diseluruh malaysia so company yakin memang boleh jual punya so company bagi siap-siap cek post-dated sebanyak 2 keping bernilai RM450 setiap satunya. Sekeping korang hanya boleh tunaikan bulan hadapan, dan sekeping lagi hanya boleh ditunaikan 2 bulan lagi.
Kenapa dua bulan kena tunggu? Oooo sebab itu kambing kami import, kena quaranteen dulu taknak bagi ada penyakit, lepas tuh beru dipindahkan ke kandang dan diberi makanan secukupnya kasi gemuk. So proses ni yang mengambil masa selama 2 bulan ni. Tapi anda tak perlu risau,kita ada contract dan agreement. Bila u sign sahaja, kitorang akan terus bagi u post dated cheque. Beerti you hanya bayar RM500, terus dapat RM900.. semua kerja-kerja, company akan uruskan. kalau u nak beli 10 ekor terus, RM5000 dan u akan dapat post dated cheque RM9000. Kalau u perkenalkan kawan sistem Smart partnership ni,pihak syarikat akan memberikan komisyen 5% daripada pembelian downline anda bla.. bla.. bla...
Baca betul-betul senario yang saya berikan diatas dan perbandingkanlah dengan sistem perniagaan atau pelaburan atau apa sahaja konsep perniagaan yang anda ceburi sekarang sekiranya ada. Walaupun produknya berbeza-beza, tapi modus operandinya sama. Sekali pandang nampak tiada masalahkan? Sekali dengar nampak ianya logik, boleh diterima akal, dan mesti ramai yang mengatakan ini satu jalan buat duit yang sangat mudah dan menguntungkan. Sebenarnya konsep ini telah digunapakai oleh pengusaha-pengusaha skim cepat kaya semenjak 10 tahun dulu lagi. Cuma masa tu tiada lah promosi melalui laman web, website replika dan sebagainya ni. Ianya tidak semestinya kambing. tapi saya ambil contoh kambing gurun bagi menunjukkan kepada anda yang Money game ni boleh merupa pelbagai bentuk. Jangan kata kamping gurun, Mangkuk tanah liat untuk makanan ayam telur pun boleh buat satu bentuk konsep perniagaan begini. Nampak tak sistem yang diperkenalkan oleh company A tersebut. Sekali pandang langsung takde masalah kan? Sama seperti kita beli kambing harga RM500 kemudian jual dengan harga RM900. Cuma bezanya semuanya company A ni akan uruskan untuk kita. So apa masalahnya? Sah apa perniagaan macam ni....??! Hehehehe. Fikir balik!!
Dibawah ni beberapa tips untuk menilai program atau skim perniagaan yang anda ceburi dan sertai itu sah, money game atau tidak. Dan "Syarikat pernah keluar surat khabar" bukanlah satu aspek daripadanya! Dah banyak company yang masuk paper, malah siap ada iklan kat tv (lihat contoh MW yang popular satu masa dulu) rupanya beroperasi disebalik skim cepat kaya.
1) Jika menkaji apa-apa marketing plan, jangan terlalu ghairah dengan keuntungan lumayan yang dijanjikan kepada pihak agent semata-mata sebaliknya cuba kaji dimana keuntungan pihak syarikat daripada marketing plan tersebut. Jika terlalu banyak insentif kepada agent abih macamana pula syarikat boleh dapat keuntungan? darimana pula datangnya wang berkenaan? (Tolong la jangan jawab dari penjualan produk tadi company boleh buat untung sebab kalau betul company dah ada pelanggan tetap untuk menjualkan produk-produk mereka apa perlunya lagi agent? Baik company jual sendiri dan mereka boleh dapat keuntungan 100% tanpa perlu mengagihkan sebahagian besar kepada agent)
2) Kaji kenapa di awal perlaksanaan program-program sebegini kenapa syarikat hanya mensyaratkan agent untuk menyertai 1 lot atau 1 akaun sahaja. Kemudian apabila rangkaian agent sudah berkembang baru pelan-pelan lain seperti family package, gold package dan bermacam lagi gelaran diberikan kepada mereka yang ingin membeli banyak lot sekaligus untuk keuntungan yang lebih cepat dan maksimum kononnya? nak tahu kerana apa? Kerana dari awal-awal lagi company tahu dengan marketing plan ini mereka akan overpaid pada agent. Walaupun sistem pembayaran bonus telah di drag (heret) kepada 2 bulan dengan post-dated cheque tadi (jadi semasa pembayaran bonus pada bulan pertama mereka ada sebahagian lagi wang pelaburan dalam pool untuk menampung pay-out bulan berikutnya yang mana pada bulan berikutnya sudah pasti wang pool akan bertambah dengan kemasukan agent baru dan pembelian semula agent lama. Dengan ini company sentiasa dalam keadaan hanya menggunakan sebahagian dari duit terkumpul untuk tujuan payout dan sebahagian lagi sentiasa ada sebagai backup) tetapi jika tiada agent baru yang menyertai skim berkenaan dibawah rangkaian agent tersebut beerti company takkan ada duit pool untuk dibayar kepada agent utk bulan kedua. Jadi untuk melimitkan risiko dalam tempoh melihat trend ini, jadi company limitkan 1 lot untuk seorang. (Biar banyak agent dulu. Biar network berkembang dulu. Jadi ianya akan lebih senang dimanipulasikan). Then bila rangkaian agent sudah makin berkembang, orang dah mula yakin, baru sorang boleh beli lebih kerana company dah ada duit pool yang besar dan kadar kemasukan atgent baru bertambah dari masa ke semasa.
3) Jika anda mendapat iklan promosi dari rakan-rakan anda berkenaan satu skim yang boleh buat keuntungan tanpa menaja dan sebagainya, tanya kepada diri anda, "Jika dah tak perlu menaja, apa kejadahnya yang dia beria-ria promote kat aku suruh aku join ni?"
4) Jika mereka kata "Money game takde produk, sedangkan kita ada produk..". Tanya balik diri kita sendiri benarkah? Kita boleh yakinkan orang dengan cerita-cerita yang diajarkan oleh upline atau oleh pengasas skim berkenaan. Tapi biasanya jauh disudut hati kita kita boleh tahu yang sebenarnya ini 100% money game yang tak memerlukan produk langsung. Produk hanya digunakan sebagai topeng/wayang bagi memudahkan kita nak menerangkan kepada prospek dan downline berkenaan marketing plan skim yang kita jalankan. Hakikatnya, upline kita tak pernah beli dan guna produk tersebut.... kita sendiri tak pernah beli dan guna produk tersebut... malah kita sendiri tak pernah expect untuk downline atau prospek kita beli dan guna produk tersebut... dari mula memang kita nak suruh dia join, letak duit sekian-sekian, kemudian dapat untung. pas tuh dia plak nanti akan cari orang buat perkara yg sama. Kalau ini yang berlaku kepada kita, Jangan kata kalau kita mampu tipu tuhan, tapi jika diri kita sendiri pun kita tak boleh tipu, maka tak payah lah... yang kita nak tipu ni kebanyakannya orang susah... sebangsa dengan kita... kadang-kadang tu bukan siapa-siapa tetapi saudara-mara dan sahabat handai kita sendiri. Tak kesian ke?
5) Jika ditanya berkenaan isu LEGAL, kebiasaannya mereka akan mengambil petikan dari akta AJL seperti;
Mengikut PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG (SKIM DAN PERJALANAN) 2001, bahagian PERJANJIAN, No.2(c) menjelaskan:
“atas permintaan peserta itu, orang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang dahulu pada suatu harga yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar”
Tetapi bila ditanya company ni ada lesen AJL tak? Dia pun cakap "Ooo.. company kita actually tak termaktub bawah akta AJL sebab kita lebih kepada trading bla... bla.. bla..." Pulok doh!
6) Setiap company yang menjalankan money game atau skim cepat kaya ini, mereka dari awal lagi telah mempunyai dan merancang 'jalan keluar' mereka (exit plan). Mereka telah merancang terlebih dahulu yang plan ini akan berjalan untuk berapa lama, dan bilakan masanya untuk mereka memberhentikan operasi dan sebagainya. kerana itu pengasas-pengasas skim begini biasanya dah meletakkan expired date untuk perniagaan yang mereka jalankan. Tiada yang pernah bertahan lebih dari 2 tahun. Kebiasaannya mati selepas 1 tahun lebih sahaja. Ini bukan semata-mata kerana akhirnya ia pasti akan di benteras oleh pihak bank negara atau kerajaan, tetapi mereka sendiri yang memang nak tutup bisnes mereka. kenapa? Kerana trend pasaran pasti akan menurun. Marketing plan yang dulunya hangat, akan beransur-ansur menyejuk. Kadar kemasukan agent baru akan menurun. Jika 20% daripada agent berhenti dan tidak meneruskan pelaburan, re-purchased, re-consumption atau apa sahaja gelaran yang diberikan, beerti dalam tempoh 1 bulan sahaja company akan 'overpaid' kepada agent. Tambahan pula jika waktu tersebut turn-over capital telah meningkat keangka belasan atau puluhan jutaan ringgit. Bayangkan sebenarnya berapa kerugian yang terpaksa ditampung untuk membayar kesemua imbuhan sekiranya kesemua agent mengambil keputusan untuk berhenti. Jadi sebelum perkara ini terjadi, mereka akan stop dan lari dengan baki 50% duit pool yang ada (kan sekeping cheque lagi hanya boleh diapprovedkan selepas 2 bulan..? So paham-paham jer la. Walaupun anda berjaya menunaikan cek yang pertama... tapi adakah anda cukup yakin yang cek kedua anda tersebut 'Sempat' untuk anda tunaikan?) Adakah anda mempunyai exit plan?
Tujuan saya menulis pasal Money game atau Skim cepat kaya ini bukanlah kerana saya cemburu atau iri hati dengan pendapatan mereka-mereka ini. Tapi saya sebenarnya simpati kepada yang betul-betul susah dan terdesak yang mana mereka kononnya merasakan hanya inilah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka tetapi akhirnya hilang kisah dari susah nak senang, langsung jadi bertambah melarat sebab kena tipu. Tambah simpati bila yang ditipu dan yang biasanya terjebak dengan skim-skim begini bukanlah orang lain, sebaliknya bangsa melayu yang lazimnya seagaama dengan saya. Dan tambah menyedihkan bila ada yang menyertainya apabila ia disogok-sogokkan dengan hadiah perjalanan umrah, haji dan sebagainya. Saya yakin dari 100 orang yang menyertai skim perniagaan sebegini, 10 orang daripadanya dah tahu ianya berisiko tetapi hanya mencuba. Tetapi bagaimana dengan 90 orang lagi yang betul-betul yakin dan percaya bulat-bulan kepada orang yg memperkenalkan skim ini kepada mereka? Bagaimana pula kalau dah kita sedar sistem perniagaan ini tak sah dan cara perolehan wangnya juga tidak sah, abis bagaimana pula dengan ibadat haji dan umrah yang dibiayai dengan wang ini tadi? Biasalah... yang dibelakangnya yang buat plan pun bukannya orang islam. "Aiiya.. ini manyak bagut maa.. pasti mereka suka punyerr". Samalah keadaannya bila salah seorang teman saya berbangsa cina mengatakan; "Ini halal maa.. daging ayam!". Sebab bagi mereka melayu (islam) cuma tak makan babi. Melayu makan ayam. Mereka tak tahu yang ayam pun kalau tak disembelih, adalah haram. Mereka tak tahu walaupun ayam, dan walau ia disembelih sekalipun tetapi kalau tak mengikut syarat sah sembelihan ianya tetap haram.
Walau bagaimana pun dalam mengulas isu money game ini, saya tak nak ulas dari konteks agama sebab saya kurang arif. Mungkin boleh rujuk dengan orang yang lebih arif seperti Ustaz Zaharuddin atau yang lain-lainnya. Di sini saya cuma mengulas dari sudut aqlinya sahaja.
Harapan saya, kepada yang terasa dirinya sekarang berada dalam permainan money game ini, baiklah berhenti sekarang sebelum terlajak lebih jauh lagi. Rugi duit mungkin tidak sekiranya anda dah lama menyertai dan anda rasakan sudah balik modal. Tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan jadi mangsa sumpah seranah, maki hamun dan caci maki orang bawahan anda sekiranya terjadi apa-apa selepas ini. Nama, air muka dan maruah diri bukanlah boleh dinilai dengan wang ringgit...
** Copylah artikel saya ini dan publishkan dalam blog anda atau forwardkan ke email rakan-rakan serta saudara mara kita supaya sama-sama kita membantu menyebarkan mesej ini kepada yang lain.
"
Tuesday, December 23, 2008
Berbagai Cerita
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
KISAH
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
ANJING-ANJING NERAKA
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL
BERKAT MEMBACA BISMILLAH
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Tatacara makan & minum
* Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~Insya-Allah, Allah
lipat gandakan rezeki.
* Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang
tidur, otak akan generatekan all of our wish & Insya-Allah, kita akan
work towards it (ada semangat) dikeesokan harinya.
* Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat
pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg
dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah
approaching 0%.
* Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg
pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk
kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh
membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air
tegukan pertama.
* Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan
sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb, bagi yg
tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb
ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm
baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12
tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau
makanpukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak
tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang
malam).
Tatacara di bilik air
* Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd
dapat batu karang
* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb
bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air
besar.
Tatacara didik anak
* Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (baby) tidur
mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih
"lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak
akan develop excellently.
* Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn)
pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara
actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat
waja & exuberant.
Tatacara didik diri sendiri
* Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari
berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar
21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu
akan mati.
* Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ini
akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine
yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak
tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc.
Ada 3 kategori manusia :-
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik
diri & family.
DI SEBALIK KATA TIDAK ADA APA-APA
Dari catatan seorang teman...
Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa.
Hairan juga..!
Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami.
"Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya.
Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.
Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?"
"Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Emak menjawab.
Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.
Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa" Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali.
Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang." Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk.
Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa."
Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.
Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini.
!
"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak'" Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih! mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.
Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul."?.. dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa?..
"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36
**** AMBIL IKTIBAR DAM PEDOMAN DR CERITA DIATAS....SESUNGGUHNYA SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU....RASA INSAF BILA MENGHAYATINYA DAN BERSYUKUR KITA MASIH MASIH MEMPUNYAI IBU DAN BAPA.
7 jenis wajah mayat di dalam kubur
2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
Tahukah anda
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Saturday, December 20, 2008
Hayati Kisah ini......
Hari-hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke
K. Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan
lama.
Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir
pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki -
berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak
apalah dik... abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih
kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri
pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak,
dia berlalu begitu saja.
"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi
ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di
meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... "
Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek
budi bahasanya!
Tuan punya restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke
premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum
dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.
Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun
orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia
menghadiahkan sebuah senyuman.
Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih
kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya
untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali
sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul
dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian
di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not
merah RM10. Saya hulurkan padanya.
" Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya
berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.
Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima
kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya
gembira dapat membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah
terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10
pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua
matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-
kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik
berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata
saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat
tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah
kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu
saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak,
mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya,
saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam
bakul itu.
"Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah
saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan
satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia
mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam
perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya
statusnya. Anak yatim kah??
Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? ? Terus terang saya
katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi
kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya
satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn
saya, siapa kita sebenarnya!! ! ---
AGAKNYALAHKAN... KALAU KANAK-KANAK TU ADALAH KITA, ADAKAH KITA AKAN LAKUKAN PERKARA YANG SAMA?
Untuk berjaya dalam perniagaan
• Anda mesti mempunyai sikap rajin, yang meliputi semua perkara.
Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu mempunyai minat, keinginan dan kesungguhan yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaan yang diharapkan tidak akan tercapai. Sikap untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja adalah satu sikap yang baik.
Kita tidak dapat meramal masa depan kita. Contohnya jika seseorang yang mendapat pangkat ‘A' dalam peperiksaan bukan bermakna dia akan mendapat ‘A' dalam semua perkara. Jika kita lihat usahawan yang berjaya, mungkin mereka bukan dari golongan yang mendapat pangkat ‘A' dalam peperiksaan. Tetapi mereka terdiri dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuat apa sahaja untuk bertahan. Mereka belajar dari pengalaman dan berani mengambil risiko. Tanpa minat yang tinggi, kesungguhan, kesabaran dan takwa, usahawan tidak akan beroleh kejayaan cemerlang.
• Anda mesti mempunyai keyakinan diri
• Disamping minat dan kesungguhan, kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang. Ini perlu dipupuk dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad , keimanan yang kukuh dan berfikiran terbuka dan positif. Sesungguhnya usahawan adalah insan yang istimewa. Mereka merupakan golongan yang berani dan sanggup mengharungi pahit getir dunia perniagaan yang mencabar. Oleh itu, seorang usahawan tidak perlu teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus perniagaan. Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam membuat keputusan untuk menjamin keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi, tetapi jangan terlalu difikirkanya. Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada diri bagaimana untuk menyelesaikannya
• Mengurus organisasi dan operasi syarikat adalah penting
• Mengurus organisasi dan operasi syarikat merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus. Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat penting kerana ia diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia. Jika aliran wang tunai tidak diurus secara mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam keaadan yang kukuh.
• Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta
• Seseorang usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua ini penting untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi dari para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti diberi dan bukan diminta dan usahawan hanya akan mendapatkannya melalui ilmu pengetahuan. Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini maka usahawan perlulah berusaha mencarinya di tempat yang lain atau mendapatkannya dari orang yang lebih berpengalaman.
• Belajar apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan
• Fokus kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada bagaimana cara untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang timbul. Jangan optimis kepada sesuatu yang anda suka sahaja tetapi belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan dengan cemerlang .
• Belajar dari kesilapan
• Tiada manusia di dunia ini sempurna. Kesilapan yang timbul mengajar manusia untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat mengembangkan minda kita menjadi lebih kreatif menyelesai masalah. Buatlah ‘post mortem', kaji kesilapan yang telah berlaku dan jangan ulangi kesilapan itu. Di samping itu, sikap ego perlu diketepikan dan akuilah kesilapan yang telah berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan tercapai.
• Ambil tindakan berasakan keutamaan
• Usahawan perlu bijak bertindak mengikut kepentingan sesuatu perkara.
Perlu ditulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan tindakan kita apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya. Kemudian perlu kita menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan bertindak mengikut senarai yang tertulis. Sekiranya seseorang berada di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa yang difikirkan. Tetapi apa yang penting, janganlah takut dengan masalah tersebut dan bertindaklah untuk menyelesaikanya secara bijak.
• Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab
Jika kita memberi tugasan penting kepada staf, kita perlu menentukan ia melaksanakan dgn ciri2 berikut:-
- Ia melakukan tugasan yang diamanahkan dengan cara yang terbaik dan tepat pada masanya.
- Ia mempunyai keupayaan untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah.
- Ia perlu merujuk semula kepada kita jika terdapat kesulitan yang tidak dapat diselesaikan
Kita juga perlu
- kreatif dan tegas dalam membuat keputusan
- jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk berjaya.
Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya dihormati oleh orang-orang pimpinannya dan pesaingnya. Seorang peminpin juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang pengurusan dan operasi syarikatnya dan juga syarikat pesaing. Semua ini perlu untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan, Insyallah.