Saturday, September 5, 2009
Telor Rebus punya cerita.
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak.
Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebuslah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.
Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.
Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...
Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb..
Aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!...
fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..
Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku..
laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku
lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah
aku pun ada!!.
Ahhhhhhhhhhhhhhhh... kantoi.. kantoi!
Tazkirah: Setiap hari berapa lama kita mengingati Allah?
Posted on Tuesday, August 18 @ 21:03:27 PDT by AbuJihad
Oleh: tinta_islam
"Siapakah kita? Dari mana kita datang? Kemana kita akan dikembalikan? Kesemua persoalan ini akan membawa kita kepada Pencipta Yang Satu yakni Allah Rabbuljalil. Selamilah ke dalam diri sendiri sejauh mana kita menyedari hakikat bahawa manusia walau sehebat dan setinggi mana kedudukannya diatas muka bumi ini namun yang memisahkan darjat manusia disisi Allah hanyalah Iman dan Takwa.
Seorang teman pernah mengingatkan bahawa dunia ini ibarat penjara dan manusia adalah ibarat banduan yang menanti masa ke tali gantung. Bezanya hanyalah banduan yang dihukum mati mengetahui bila masanya dia akan digantung sementara kita tidak, hanya menanti masanya. Sudahkah kita bersedia melaluinya?
Perhatikanlah disekeliling kita, betapa besarnya kurniaan nikmat Allah untuk manusia. Bangkit daripada tidur adalah satu nikmat, dapat membuka mata dan melihat adalah nikmat, memandang cermin dan melihat diri kita dari hujung rambut ke hujung kaki terasa begitu agungnya kejadian Allah. Itu hanya setakat diri kita sendiri, belum lagi memandang keluar tingkap melihat langit yang terbentang luas yang tidak ada siapa yang mengetahui betapa luasnya ia. Sesungguhnya ilmu Allah itu tiada batasnya sepertimana ilmu manusia kerana Dia adalah Al-khaliq. Sedarlah siapa kita wahai sekalian manusia, kita ini adalah hamba, hamba abdi kepada Tuhan yang satu yakni Allah.
Cuba hitungkan berapa lama sudah kita menumpang hidup diatas bumi Allah ini? 20 tahun? 40 tahun? 60 tahun? Selama kita hidup dengan menikmati segala nikmat yang Allah berikan ini, apa yang telah kita lakukan untuk membayarnya? Allah tidak menagih hambaNya untuk membayar dengan wang ringgit dan harta benda, apa yang Allah kehendaki hanyalah ketaatan kita sebagai hambanya. Selama kita hidup, adakah kita benar-benar taat dengan segala perintahnya sebagai 'Tuan' kepada kita? Allah memerintahkan kita solat apabila masuk waktunya, adakah kita taat? atau kita masih sibuk dengan urusan dunia. Tidak merasa bersalahkah kita membiarkan 'Tuan' menanti kita untuk mengadapNya. Tanyalah diri masing-masing 'selama kita hidup, apa yang telah kita lakukan untuk Allah dan agamanya?' dan 'setiap hari berapa lama kita mengingati Allah?. Sehari ada 24 jam dan dalam waktu sebanyak itu, berapa saat, berapa minit, berapa jam kita mengingati Allah?
Renungkanlah betapa lalainya kita sebagai hamba, seandainya kita hanya mengingati Allah disaat kita solat dan satu waktu solat itu mengambil masa kira-kira 10 minit, ini bermakna dalam 24 jam hanya lebih kurang satu jam kita mengingati Allah. Bayangkan kita telah menghabiskan 23 jam untuk urusan dunia. Ini bukan bermakna kita tidak perlu bekerja, tidak perlu makan dan tidak perlu minum tetapi ingatlah kepada Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Bekerja dengan penuh iltizam agar hasil rezeki darinya dapat kita nafkahkan sebahagiannya ke jalan Allah, makan dengan penuh ingatan bahawa apa yang kita makan itu adalah rezeki kurniaan Allah. Itulah ertinya seorang hamba yang bersyukur.
Hari ini, Allah menguji kita dengan bermacam-macam bencana yang datang bertimpa-timpa, belum pun habis dengan krisis ekonomi, Allah datangkan pula dengan wabak penyakit chikugunya, denggi, influenza A H1N1 dan sebahagian negara dilanda gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya. Sejauh mana manusia mengambil segala bala bencana ini sebagai ujian dari Allah? Tingkah laku manusia masih kelihatan seperti biasa, tiada resah, tiada gusar dan tiada bergantung harap kepada Allah. Benarlah syaitan itu akan terus melalaikan dan melekakan manusia sehingga nyawa berada halkum, sehingga pintu taubat telah tertutup untuk manusia. Kembalilah kepada Allah, mohonlah ampun kepadanya sementara pintu taubat masih terbuka luas, perbaikilah segala amalan, panjatkanlah doa dan harapan agar pancaran hidayah dari Allah menerangi hati kita yang gelap dan kelam dengan selaput dosa-dosa silam. Semoga Allah panjangkan usia kita hamba-hamba yang hina ini untuk dapat sama-sama memanafaatkan Ramadhan yang bakal menjelma. Kami menantimu Ramadhan...
http://jamaahkite.blogspot.com/"
Sunday, August 2, 2009
ANCAMAN BAHAYA FLUORIDA
APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.
MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.
MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.
KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.
PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."
AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:
"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”
FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:
- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit
BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida. Lihat jadual tersebut:
SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan
www.fluoridealert.org
UBAT GIGI BERTOKSIK
Tahukah anda banyak ubat gigi yang berada di pasaran mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Namanya? Fluorida (fluoride).
Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai "sodium monofluorophosphate (smlp) atau "sodium fluoride" dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya.
Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.
Tinjauan cap ke atas label mendapati semua ubat gigi berfluorida. Selain fluorida, ubat gigi juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen atau berpotensi menyebabkannya. Jadi, sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik? Untuk mengetahuinya, per-hatikan gambar-gambar yang berikut.
Sumber:
Panduan Cap –
Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik &
Produk Kegunaan Harian
Tuesday, May 12, 2009
Syaitan dan Iblis
Hadith Rasulullah SAW.. menerangkan:
Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut."
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya..
Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak ulamak yang membawa banyak kitab kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."
Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami."
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah."
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. . Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."
Dunia ini tiada jaminan melainkan hanya satu peluang.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.
Tuesday, May 5, 2009
siapakah???
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman
a.s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak
lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
mengumpulkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.
Siapakah org yg bijak?
Orang yg bijak ialah org yg tidak membiar atau membuang email ini begitu
sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada org lain
Aduhai 4 orang Isteriku.............................
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga.Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri. Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukan kau mendapingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaj tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada> isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu keliang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Sipedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu.Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT
adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA
adalah status sosial dan kekayaan> kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA
adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA
adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...
TENAGA ALAM.....
"You can think I'm wrong, but that's no reason to quitthinking."
--Dr. Gregory House
Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM)mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajianawalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadatsembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulangbelakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.
Aku cuba cari laporan tersebut dekat Internet, kalau-kalau adamaklumat lebih terperinci pasal kajian tersebut tapi tak dapat.Walaubagaimana pun, CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antarawaktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solatsebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dandicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warnaalam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalambidang fotografi, betul tak ?
Subuh. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalamspektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yangmempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktuSubuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secaraberulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasidan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserapoleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum(keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripadatidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solatdiawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu ituberada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuhmelalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yangterlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha)dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrumwarna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yangberkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsiayang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalanatau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akanmenghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengahsakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitumasuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaandengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumisistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang keraptertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagikalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan diwaktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak beradadi luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampirifrekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis padawaktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yangsedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktuini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan)berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktuMaghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo danseterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsiaketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistemkawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu beradadalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidurdelta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepastengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambudan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjarpineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkitkembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggilQiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warnaalam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alamini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang diciptaseperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyeraptenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnyabersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.ttanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkansolat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagaipencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalahamat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya ...
BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR/STROKE
di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan
merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angin ahmar yang
boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini
diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan
mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakanrakan
anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.
Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya
dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh
diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.
Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar
lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan
untuk pesakit angin ahmar.
Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan
sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak
mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari
masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda
melakukannya sendiri.
Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya
menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru
terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan
bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke
tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di
otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya
tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.
Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju
yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan
berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya,
seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah
jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan
setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.
Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian
cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah.
Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula.
Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.
Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital
secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa
pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini
berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun
dia mampu berjalan semula.
”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang
doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu
saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah
berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi
”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai-
Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu,
penyelia kami diserang angin ahmar!.”
Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu-
Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan
angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi
dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah,
(setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan
dan dia membuka matanya.
Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk
mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua
telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya
kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh
panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah.
Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas
di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar.
Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam
perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar
adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan
umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.
Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika
semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya
segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan
izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan
kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak
tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.
SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG
BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.
DITERBITKAN OLEH : URUSETIA AMAL KEMASEK
PT758 TINGKAT 1, BANGUNAN SEDC, KEMASEK 24200 KEMAMAN, TERENGGANU D.IMAN
TEL: 09-8662230 FAX: 09-8662231 EMAIL: info@amalmalaysia.net