Thursday, April 23, 2009

Tiket konsert Search dan Ella



Dalam aku mengemas kotak-kotak lama yang tersimpan dalam bilik, maka terjumpa tiket
konsert Search dan Ella di tapak ekspo seksyen 15 , Shah Alam
Aku dan kawanku balik dari konsert search naik bas mini berhimpit-himpit bau yang bercampur baur maklumlah lepas tengok konsert tapi tak pe janji dapat naik bas balik rumah.
Pada konsert Ella yang aku ingat ,dia datang naik heli penuh dengan gimit masa tu....bila aku pun dah lupa tarikhnya
Sekarang tapak tu dah dipenuhi dengan bangunan,bila aku lalu kat situ nostalgia akan kembali dalam ingatan.

Tuesday, April 21, 2009

Pokok senuduk




hasil kerja anak saudaraku Amirul


LEMBU DAN AYAM

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu? Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata
ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari- hari dia orang makan telor aku, macam mana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaal! ah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Beza Lelaki dan Wanita

Beza Lelaki & Wanita

Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa
sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa
anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama
anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu
taat kepada suaminya . Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Kalau nak
dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan
semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.



Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi
tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang
tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti
intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah
bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki
wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta
itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara
isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan
melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana
melahirkan adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh
4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di
bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

" Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang
telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,
anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri
memberikan alasan untuk membela diri "

Kelebihan Sujud

Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Doktor temui pokok dalam paru-paru




Doktor temui pokok dalam paru-paru POKOK setinggi lima sentimeter ditemui dalam paru-paru Sidorkin. Gambar X-ray menunjukkan imej seperti pokok fir membesar dalam paru-paru Sidorkin.


IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yangmemberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnyaakan tumbuh dalam perut? Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor disini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijausetinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, ArtyomSidorkin yang berumur 28 tahun.Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtiandi sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakitdada.Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnyamendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkanujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecilitu."Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap sayamelihat benda lain. "Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr.Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itubukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit."Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yangamat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badansaya," kata Sidorkin.Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelanmemasuki paru-paru manusia.Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudianmembesar di dalam tubuhnya.Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.

Monday, April 20, 2009

8 perkara boleh mematikan hati

1) MENGETAHUI HAK ALLAH TETAPI TIDAK MENEGAKKAN HAK ITU

Sebagai contoh kita tahu kita ini hamba Allah. Semua orang islam tahu kita ini hamba Allah dan sebagai hamba Allah kita ada taklif atau pun kewajipan. Tetapi kewajipan tidak kita tegakkan. Kita hanya berkata saya hamba Allah tetapi berlagak seperti tuan.

2) MEMBACA AL-QURAN TETAPI TIDAK MELAKSANAKAN SURUHANNYA

Rata-rata ramai orang bertadarus Al-Quran dimusim Ramadhan,Alhamdulillah. Semoga Allah ganjari mereka yang bertadarus itu tetapi adakah kita memahami dan menghayati suruhan-suruhan Al-Quran atau pun sekadar bertadarus dan membaca. Quran berkata 'A' kita mengatakan 'Z'.

3) MENCINTAI NABI TAPI MENGABAIKAN SUNNAHNYA.

Kita berselawat nabi, sebagai contoh musim Maulidur Rasul.Kita berdiri dan masing-masing berselawat ke atas Nabi. Sedap pula suara kita ketika itu. Tapi sunnahnya adakah kita tegakkan. Ini persoalannya. Bila kita cintai Nabi dengan lidah tapi mengabaikan sunnahnya. Maksud sunnah ialah ajaran yang dibawa nabi. Maka ia mematikan hati.

4) TAKUTKAN MATI TETAPI TIDAK PERSIAPKAN DIRI

Ini perkara popular. Tanyalah kepada sesiapa pun. Ramai orang malah hampir kesemua manusia takutkan mati tetapi apakah persiapan untuk menghadapi mati. Tidak lakukan apa- apa. Yang dilakukan ialah enjoy, berseronok tetapi ibadah khusus tidak dilakukan. Lidah berkata takutkan mati persiapannya tidak ada. Orang seperti ini hatinya mati.

5) MENGETAHUI SYAITAN ITU MUSUH TETAPI GHAIRAH PULA MENGIKUTNYA

Ini pun semua kita faham. Tanyalah kepada sesiapa pun terutama orang Islam, syaitan adalah musuh kita. Kita akan berkata syaitan musuh kita tapi tanpa disedari kita mengikut cakap syaitan. Syaitan berkata jangan solat kita tak solat. Syaitan berkata mengata orang kita mengata orang. Maka syaitan musuh kita tapi sayangnya kita mengikut musuh kita sampai kita mati bertemu dengan Allah. Maka itu mematikan hati.

6) TAKUTKAN NERAKA TAPI MELAKUKAN MAKSIAT

Tanyalah kepada orang Islam adakah mereka takutkan neraka. Sebahagian takutkan neraka tetapi maksiat dibuat selalu.Itu mematikan hati.

7) MAHUKAN SYURGA TAPI TIDAK BERAMAL SOLEH

Kita mahukan balasan yang baik, Jannatul Firdaus tetapi sembahyang, puasanya tidak. Perkara haram sering dilakukan. Itu mematikan hati.

8) KEKURANGAN DIRI SENDIRI DILUPAKAN TETAPI KEKURANGAN ORANG LAIN
DIKETENGAHKAN.
Maksudnya kita tidak mahu melihat kelemahan diri sendiri tapi bila melihat kelemahan orang lain kita boleh tulis novel yang panjangnya 200 halaman. Itulah manusia yang hatinya telah mati. Lantas tuan-tuan dan puan-puan, apabila kita asyik melihat kelemahan orang lain, asyik komen tentang orang lain tetapi tidak mahu komen tentang kelemahan diri sendiri itu petanda hati kita telah mati.

Semoga insyaallah peringatan Ibrahim bin Adham ini menjadi iktibar kepada kita bersama agar insyaallah kita dapat beramal soleh, mendekatkan diri kepada Allah dan yang paling penting kita dapat hidupkan hati kita. Bila hati kita hidup dengan cahaya nur, iman dan takwa, keputusan yang kita buat setiap hari berhubung diri kita, keluarga kita, kerjaya kita dan masalah kita, tepat dan mampu menyelesaikan masalah. Sebaliknya jika hati kita mati dan setiap hari berdepan dengan masalah, kita membuat keputusan dan akhirnya kita menyedari keputusan yang kita buat menyusahkan lagi diri kita sendiri. Sebab kita membuat keputusan dari hati yang mati.
Semoga peringatan Ibrahim bin Adham tentang 8 perkara yang mematikan hati dapat sama-sama kita jadikan sebagai panduan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. insyaallah

Saturday, April 18, 2009

Keadaan Manusia Di Padang Mahsyar

Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur binasa Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya: "Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!".
Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat.
Lantas mereka berkata: "Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul." Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran: "Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, Lalu dikatakan kepada mereka: "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul !" (Yassin, Ayat: 52)
Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.
1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.
2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.
3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.
4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.
5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri.Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.
6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.
7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).
8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.
9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.
10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.
11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.
12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang lalai dalam sembahyang)
13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.
14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka.Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia,tidak takut pada Allah.
16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.
17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.
19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan di dunia mahupun akhirat...." Sumbangan :Zana
Artikel Lain Sumbangan Zanahttp://www.mymasjid.com.my/article/show.asp?id=2043

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan... Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.." WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata
.2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.