Friday, April 22, 2011

NASIHAT IMAM AL-GHAZALI

SUARA DARI MASJID KG SEMPAM BARU
NASIHAT IMAM AL-GHAZALI
KATA Imam Al-Ghazali : Ketahuilah bahawasanya tidur itu seumpama mati dan bangun dari tidut itu seumpama bangkit dari kubur pada hari kiamat nanti. Siapa tahu barangkali rohmu dicabut oleh Allah Taala ketika engkau tidur pada suatu malam.Kerana itu bersiaplah engkau menamui Tuhanmu dengan tidur dalam keadaan suci dan wasiatmu ada tersimpan di bawah bantalmu.
Hendahlah engkau tidur dalam keadaan bertaubat kepada Allah dari segala dosa dan meminta ampun daripada segala kesalahan dan tidak akan mengulangi lagi semua kemaksiatan yang pernah engkau kerjakan dan berazamlah untuk membuat kebaikan kepada seluruh orang islam jikalau Allah membangkitkan engkau pada keesokan harinya.
Ketahuilah bahawa siang dan malam itu hanya 24 jam sahaja. Maka janganlah engkau tidur pada waktu siang atau malam lebih daripada 8 jam kerana jikalau engkau berumur 60 tahun maka engkau mensia-siakan umurmu sebanyak 20 tahun, iaitu 1/3 dari umurmu.
Dan berazamlah ketika hendak tidur untuk bangun di tengah malam atau sekurang-kurangnya di akhir malam sebelum waktu subuh kerana 2 rakaat di tengah malam itu merupakan satu perbendaharaan kepada perkara kebaikan.
Dan janganlah engkau panjangkan angan-angan mu kerana engkau akan merasa malas melakukan ibadat, bahkan hendaklah engkau fikirkan bahawa kematianmu itu sangat dekat sekali kepadamu.
Begitulah hendaknya engkau nasihati dirimu setiap hari kerana engkau tidak menyangka mati itu dekat padamu bahkan engkau mengira engkau mungkin hidup 50 tahun lagi. Kemudian engkau menyuruh dirimu melakukan kebaikan sudah pasti dirimu tidak akan patuh kepadamu dan pasti ia akan menolak dan merasa berat untuk mengerjakan ketaatan.